Nasib Lindsay mungkin sama seperti MJ dan Ledger, kata bapa

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pereka bentuk dari Sepanyol, Estrella Arch (kiri) dan aktres Amerika Syarikat, Lindsay Lohan dilantik sebagai penasihat artistik semasa pertunjukan fesyen Spring-Summer 2010 pada 4 Oktober 2009 di Paris. -Foto AFP
Pereka bentuk dari Sepanyol, Estrella Arch (kiri) dan aktres Amerika Syarikat, Lindsay Lohan dilantik sebagai penasihat artistik semasa pertunjukan fesyen Spring-Summer 2010 pada 4 Oktober 2009 di Paris. -Foto AFP

BAPA aktres terkenal Lindsay Lohan, Michael, akui takut akan nasib anaknya yang mungkin akan berdepan nasib hidup yang sama seperti Michael Jackson dan Heath Ledger kerana ketagihannya dengan preskripsi dadah.

Kata Michael, pelakon filem Mean Girls itu terlalu ketagih dengan preskripsi dadah sehingga dia merasakan anaknya itu bukan lagi seperti yang dibesarkannya dulu.

"Saya akan memastikan dia tidak lagi berbuat demikian. Saya benci bila orang bercakap tentang penyalahgunaan dadah, kerana bukan saja ketagihan alkohol dan dadah secara haram akan membunuh kita, tetapi preskripsi dadah juga boleh membunuh seseorang. Adakalanya lebih susah untuk berhenti.

"Lihat apa yang berlaku pada Heath Ledger dan MJ," katanya.

Tambah Michael: "Anda tahu mengapa Lindsay tidak berlakon filem sekarang? Sebabnya dia tidak mampu buat. Lindsay yang berbakat bersembunyi di sebalik kulat yang tumbuh kerana preskripsi dadahnya. Dia tidak mampu jadi dirinya sendiri.

"Dia sudah berbeza. Ini bukanlah Lindsay yang pernah saya besarkan sejak kecil," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan