Maiza tarik diri, bukan lagi duta tudung Myza

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maiza dengan jubah abayanya. -foto koleksi MAIZA
Maiza dengan jubah abayanya. -foto koleksi MAIZA

BARU sahaja beberapa bulan lalu selebriti Maizawati Zainal dilantik sebagai duta koleksi tudung Myza, semalam dia memaklumkan sudah tidak memikul tanggungjawab itu lagi.

Jelas ibu tunggal yang mesra dengan panggilan Maiza ini, dia telah menarik diri daripada syarikat yang mengelolakan produk itu, Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN).

“Saya rasa seperti dipergunakan apabila mereka tidak membuat seperti apa yang dijanjikan.

“Saya tak puas hati dengan apa yang mereka lakukan terhadap saya. Jadi, saya nak betulkan salah faham orang bahawa saya bukan lagi duta tudung Myza dan BondaMama.

“Saya dah tiada kena-mengena dengan produk itu,” ujar Maiza dalam nada terkilan.

Dengan pengundurannya daripada menjadi duta tudung Myza sekaligus membuatkan dia menarik diri sebagai duta program BondaMama yang juga diusahakan di bawah YPN.

Tambah bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy ini, enggan mahu dirinya tertipu, dia sudah berkali-kali meminta pihak YPN untuk mengemukakan surat hitam putih berkait dengan program yang dijalankan.

Namun akhirnya mereka hanya berdiam diri walaupun pada dasarnya program itu tetap berjalan malah jualan tudung telah meluaskan pasarannya sehingga ke Singapura.

“Walaupun jualan tudung dah banyak laku tetapi mereka langsung tak berikan royalti kepada saya. Saya hubungi mereka tapi tak berjawab.

“Mereka banyak dapat untung tetapi saya tak dapat apa-apa pun.

“Sekarang, saya hanya nak ‘declare’ melalui media yang saya sudah tarik diri daripada menjadi duta tudung Myza dan duta BondaMama sebab dulu pun mereka ‘declare’ perlantikan saya melalui media juga.

“Kalau mereka nak buat tuntutan mahkamah pun terpulanglah,” ulasnya yang tidak mengetahui langsung tentang sambutan jualan tudung Myza sekarang.

Apabila dia diketepikan, timbul perasaan kecewa kerana sebelum ini dia selalu memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap program yang dianjurkan oleh YPN.

“Sekarang biar masyarakat tahu perkara yang sebenar sebab saya tak puas hati dengan apa yang dilaksanakan..saya rasa seperti diambil kesempatan pula.

“Saya tak menyesal jika tidak menjadi duta pun asalkan saya mendapat kerjasama yang baik.

“Saya tak nak perkara ini berlarutan lagi dan harap-harap semua orang tahu yang saya bukan lagi duta tudung Myza dan BondaMama,” tuturnya yang telah pun selesai edah penceraiannya dengan Akhil pada hujung bulan September lalu.

Mereka bercerai pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

Sejak penceraian itu, Maiza telah banyak melakukan bisnes untuk menyara keluarga dan diri sendiri.

Menurutnya, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk seperti tudung, telekung sembahyang, jubah abaya, madu minda kismis Intel-X, kek Sarawak dan mutiara dari Sabah, bolehlah menghubunginya melalui emel di maiza_collection75@yahoo.com atau FaceBook di alamat emel yang sama atau boleh juga layari blognya, maizawati.blogspot.com.

“Mereka yang berminat hendak menjadi ejen juga boleh menghubungi saya,” akhirinya yang akan muncul di Radio 24 Bernama pada 16 Oktober ini, pukul 6 petang.

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan