Gosip bercerai: Titi DJ tidak mahu 'tiru' KD-Anang

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Artis tempatan, Dayang Nurfaizah (kiri) dan penyanyi dari Indonesia Titi DJ berduet di tempat letak kereta di Stadium Bukit Jalil untuk SuriaFM Green Every Day Concert 2007.-Foto THE STAR oleh GLENN GUAN
Artis tempatan, Dayang Nurfaizah (kiri) dan penyanyi dari Indonesia Titi DJ berduet di tempat letak kereta di Stadium Bukit Jalil untuk SuriaFM Green Every Day Concert 2007.-Foto THE STAR oleh GLENN GUAN

PENYANYI Indonesia, Titi DJ menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip perceraiannya dengan Ovy. Namun, kata Titi, pertengkaran di dalam rumahtangga adalah perkara biasa.

"Mengapa kami digosipkan seperti itu. Nanti saya dikatakan mahu mengalahkan berita Anang dan KD pula," katanya seperti dilaporkan di dalam laman web detikhot.

Menurut Titi, dia merasakan gosip itu tercetus kerana dia jarang dilihat tampil bersama suaminya itu di tempat umum.

Katanya, sejak awal lagi dia dan Ovy berjanji untuk saling menerima kekurangan diri masing-masing. Memang bukan mudah untuk berbuat demikian, namun Titi dan Ovy yakin mereka mampu mempertahankan rumahtangga sehingga akhir hayat.

"Tapi sudah namanya perkahwinan, pasti ada naik dan turun. Saya dan Ovy mempunyai komitmen bahawa perkahwinan ini luar biasa," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan