George Michael berpisah dengan kekasih 'gay'nya?

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

George Michael dilaporkan berpisah dengan 'kekasihnya', Kenny Goss.-Foto AP
George Michael dilaporkan berpisah dengan 'kekasihnya', Kenny Goss.-Foto AP

SETELAH 13 tahun menjalinkan hubungan, penyanyi pop George Michael dilaporkan berpisah dengan 'kekasihnya', Kenny Goss.

Goss dikatakan telah meninggalkan penyanyi itu ketika Kismas tahun lalu, tiga bulan selepas Michael ditahan di sebuah tandas di Hampstead Heath, London.

Tetapi pasangan itu cuba merahsiakan tentang perpisahan mereka.

"Kenny sudah memberikan banyak peluang pada George. Tetapi selepas insiden di Hampstead Heath itu, Kenny tidak dapat bertahan lagi. Semua orang tahu George bukan saja berada di sana kerana dadah, tetapi tempat itu juga terkenal sebagai tempat 'mencari' lelaki.

"Walaupun George berkata mereka menjalani hubungan terbuka, Kenny tidak pernah bersetuju dengan tindakan George 'mencari' lelaki lain atau pembabitannya dalam penggunaan kanabis.

"Kenny malu dengan apa yang George lakukan padanya," kata sumber itu.

Michael dikatakan melalui tekanan setelah perpisahan itu sehingga merisaukan rakan-rakannya. Keadaannya dikatakan semakin teruk setelah memecat pengurusnya, Andy Stephens pada Jun lalu berikutan satu pertengkaran tentang duetnya bersama Beyonce untuk sebuah konsert di London.

"Apabila Kenny meninggalkannya, George seperti hilang arah. Dia sangat tertekan dan tiada siapa dapat bercakap dengannya tentang hal itu," kata sumber itu lagi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan