David Teo 'kejar' rating drama pula?

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Teo telah mengeluarkan 37 filem tempatan dalam tempoh sembilan tahun. -Foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
David Teo telah mengeluarkan 37 filem tempatan dalam tempoh sembilan tahun. -Foto THE STAR oleh LOW LAY PHON

INDUSTRI perfileman tanahair baru-baru ini kecoh seketika apabila filem Momok The Movie dan Pengarah Urusan Metrowealth Movies Productions, David Teo 'bertelagah' dengan produser filem Jin Notti, Norman Abdul Halim gara-gara jumlah kutipan tayangan dua buah filem tersebut yang mula memasuki pawagam sejak Hari Raya pertama lalu.

Namun begitu, isu ini tidak mahu dipanjangkan lagi oleh kedua-dua belah pihak. Malah, ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Jangan Tegur Lagi, baru-baru ini, David lebih senang berbicara tentang projek-projek drama terbarunya dan 'rating' hebat yang diterimanya terhadap drama-drama terbitan syarikatnya setakat ini.

Kata David, sambutan yang diberikan oleh penonton terhadap drama-drama itu membuatkannya dia lebih bersemangat untuk terus menghasilkan drama-drama bersiri.

Malah, stesen-stesen televisyen juga semakin percaya terhadap produk yang diterbitkannya dan akui David, stesen-stesen seperti Astro, TV3 dan RTM semakin banyak memberi slot untuk drama-dramanya.

Antara drama-drama yang mendapat sambutan hangat ialah Mertua vs Menantu (2.7 juta), Jangan Pandang Belakang (2.1 juta), Embun Mutiara (1.8 juta), e-toyol.com (1.6 juta) dan beberapa drama lain yang tersenarai sebagai 'top 5' seperti Suria Kasandra dan Legasi 43 Karat.

"Drama bersiri dan filem ada perbezaan dari segi penonton. Drama selalunya untuk tontonan sekeluarga dan ia adalah percuma. Jadi untuk mengejar rating, kenalah menghasilkan drama-drama yang menarik.

"Filem pula selalunya kita sasarkan untuk mereka yang berusia bawah 30 tahun dan yang pentingnya, penonton perlu bayar untuk saksikan filem itu. Dan sebab itu, kita kena buat filem berdasarkan kehendak mereka juga," kata David.

Menurutnya lagi, dia juga tidak mahu mengikut 'trend' menghasilkan sekuel untuk filem-filem terbitannya, tambahan pula permintaan untuk menghasilkan drama yang diadaptasi dari filem-filemnya amat tinggi.

"Sepatutnya, saya boleh buat 'part 2' atau 'part 3' filem-filem saya, tetapi saya tidak mahu buat 'trend' macam tu dan sebab itu saya bercadang buat drama.

"Sama seperti filem Jangan Pandang Belakang Congkak, ada stesen televisyen yang minta untuk buat dalam bentuk drama bersiri.

"Tetapi memandangkan kita sudah lama putuskan untuk buat sekuel yang akan memulakan penggambaran November ini, jadi kita tidak dapat hasilkan versi drama bersiri," ujar David.

Terbaru, Metrowealth akan tampil dengan drama bersiri baru seperti Jangan Pandang Belakang musim kedua, Jangan Tegur Lagi dan Mertua vs Menantu musim kedua.

Namun, akui David, bukan semua drama-drama terbitannya mendapat respon memberangsangkan. Ada juga yang kurang 'berjaya', tetapi kata David dia sentiasa akan mengkaji kesilapan di sebalik kegagalan itu.

"Sebagai contoh, drama D10 yang pernah disiarkan di Astro Ria sekitar tahun 2007, ia tidak begitu mendapat sambutan. Tetapi saya tahu kelemahan bagi setiap drama yang gagal itu.

"Drama 3 Janda sebagai contoh, ia tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

"Mungkin saya meletakkan pelakon yang salah untuk bawakan watak-watak janda itu kerana selain Rozita Che Wan yang memang seorang janda, dua pelakon lagi iaitu Lisa Surihani dan Yana bukan janda, jadi mungkin penonton rasa 'aura' itu kurang.

"Tetapi dari segi lakonan, saya tidak pertikaikan kehebatan mereka," kata David.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan