Amber Chia diberi hak eksklusif francais Ford Supermodel

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peguam Rajan Navaratnam mengesahkan anak guamnya, Chia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan kongsi, Yap Wen-Ji. -Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI
Peguam Rajan Navaratnam mengesahkan anak guamnya, Chia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan kongsi, Yap Wen-Ji. -Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

KUALA LUMPUR: Amber Chia akhirnya secara rasmi diberi hak eksklusif francais Malaysia untuk menganjurkan pertandingan berprestij Malaysia's Supermodel Search Presents Ford Supermodel of the World oleh Ford Models Inc.

Supermodel negara itu mengambil tawaran itu tanpa berlengah-lengah lagi.

"Saya tahu saya memerlukan banyak sumber kewangan untuk menganjurkan program itu," kata Chia pada sidang akhbar di pejabat peguamnya di Sri Hartamas.

"Dan saya hanya mempunyai masa lebih kurang dua bulan untuk mendapatkan penaja kerana pertandingan Ford Supermodel of the World bakal diadakan Januari tahun depan."

"Bagaimanapun saya ingin para peserta Malaysia's Supermodel Search Presents Ford Supermodel of the World) untuk merealisasikan impian mereka."

Chia terlibat dalam pertikaian kontrak berprofil tinggi dengan rakan kongsi perniagaannya Yap Wen-Ji berhubung pengesahan perjanjian francais Yap dengan Ford Models.

Oleh kerana kesuntukan masa, Chia telah meminta tajaan daripada pihak-pihak korporat yang berminat.

"Ia adalah program yang sangat mahal untuk dianjurkan. Yuran francais sahaja memerlukan RM100,000," katanya

Mereka yang berminat untuk menaja program realiti modeling Chia boleh menghubunginya di amberchia.com

"Saya juga sedang mencari lebih ramai peserta. 500 pemohon untuk menjadi boleh mendaftar percuma. Ini adalah cara saya membantu model-model di negara saya."

Sementara itu, peguam Chia, Rajan Navaratnam mengesahkan anak guamnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Yap.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan