Penelope, Javier bertunang? - Berita Hiburan | mStar

Penelope, Javier bertunang?

Diterbitkan: Rabu, 7 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penelope Cruz dan Javier Bardem dikatakan sudah bertunang - foto AP
Penelope Cruz dan Javier Bardem dikatakan sudah bertunang - foto AP

PENELOPE Cruz dan Javier Bardem dikatakan sudah bertunang. Laporan itu dikatakan agak memeranjatkan sesetengah pihak apatah lagi sebelum ini Cruz dikatakan tidak percaya dengan perkahwinan.

"Saya benar-benar tidak tahu, tetapi saya tidak mampu cakap apa-apa walaupun saya mengetahuinya," kata jurucakap aktres itu di dalam sebuah majalah.

Cruz sebelum ini pernah berkata di dalam sebuah majalah:

"Saya tidak tahu sama ada saya percaya atau tidak tentang perkahwinan. Saya percaya tentang keluarga, cinta dan anak-anak."

Aktres ini juga turut menafikan dia kini sedang hamil.

"Saya mula dapat banyak hadiah daripada rakan-rakan dengan ucapan 'Tahniah, kamu mengandung'. Dan saya menjawab 'Tidak'," katanya.

Cruz dan Bardem telah menjalinkan hubungan sejak beberapa tahun, tetapi pasangan ini jarang memperkatakan tentang hubungan mereka.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan