Rabecca mengaku suka kejar glamor?

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rabecca sedia 'terikat' dengan produksi Metrowealth (MIG) untuk beberapa tahun ini. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG
Rabecca sedia 'terikat' dengan produksi Metrowealth (MIG) untuk beberapa tahun ini. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG

DUNIA artis dan selebriti pastinya disusuli dengan dunia glamor. Lagi bagus kalau populariti itu diraih seiring dengan kejayaan seseorang itu melalui bakat lakonan, nyanyian, peragaan mahupun penyiaran.

Jarang kali kita mendengar seseorang artis yang bagus lambat naik tetapi ada juga yang mengambil masa agak lama untuk mengecapi populariti.

Ada juga yang dengan rupa paras yang dan cantik dan kacak sudah mampu dijulang tinggi walaupun bakat tidak seberapa.

Bagi aktres, model dan pengacara yang telah enam tahun berkecimpung dalam bidang lakonan dan peragaan, Rabecca Nur Al-Islam Ahmad akui agak lambat mencapai tahap seperti sekarang di mana ramai orang mengenalinya berbanding beberapa tahun lalu.

Ibu angkat kepada seorang anak lelaki, Nor Adam Daniel, setahun enam bulan ini bukan sahaja dikenali menerusi bakat lakonannya malah dia juga dicop sebagai gadis seksi sehingga ramai yang mempersoalkan imej seksinya dengan namanya yang bermaksud ‘cahaya Islam’ (Nur Al-Islam).

Ketepikan kontroversi itu kerana Rabecca atau mesra dengan panggilan Becca ini akui dia mahu tonjolkan dirinya menerusi lakonan dan kejayaannya.

Akui gadis berusia 23 tahun yang memilih duda anak dua sebagai pasangan hidupnya ini, “Belum ada produk yang boleh naikkan nama saya. Kalau dulu semasa mula-mula ceburi bidang ni, tipulah kalau saya kata tak nak glamor.

“Jadi, sekarang saya dah merasainya apabila ada juga orang menegur dan mengenali saya di luar.

“Cuma sekarang ini saya mengejar dua impian ni iaitu hendak mendapat watak utama dalam filem dan memenangi anugerah kerana apa sahaja yang kita lakukan perlu mempunyai impian.

“Saya juga ingin terus maju dan berjaya untuk masa akan datang dengan bergelar seorang pelakon, produser dan pengarah,” ujarnya yang telah berjinak-jinak menjadi penulis skrip.

Menurut Becca, dia telah menyiapkan beberapa buah skrip drama dan filem berkisarkan cerita cinta dan wanita.

Beritahunya, dia mahu simpan dulu dan berhasrat menjual skrip itu kepada produser David Teo.

Sedia ‘terikat’ dengan MIG

Dalam diam, Becca memuji cara kerja produser berbangsa Tionghua itu dan nekad bernaung di bawah Metrowealth Production (MIG).

Setelah berlakon dalam lebih 50 buah drama serta telefilem dan mengacarakan program ‘Seekers’ selama dua musim, Becca berkata dia sudah puas melakukan kerja secara ‘freelance’.

Tidak dinafikan teater ‘Muzikal Sirah Junjungan’ sedikit-sebanyak telah menaikkan nama Becca dalam industri seni ini.

Tetapi Becca belum merasakan ia sudah cukup baik untuk menilai kejayaannya dan sebolehnya mahu lebih banyak peluang dan waktu untuk menebus keinginannnya.

“Insya-Allah, saya akan menyertai MIG tidak lama lagi dan bekerja dengan lebih banyak di bawah syarikat itu kerana MIG memberikan kerjasama yang bagus dan melahirkan ramai artis yang berjaya dan terkenal.

“Saya dah mendapat tawaran itu cuma menunggu masa yang sesuai sebab banyak yang perlu saya fikirkan apabila hendak membuat keputusan.

“Apa salahnya kita bergantung kepada seseorang produser untuk berjaya kerana mungkin dalam masa tiga hingga empat tahun nanti, saya boleh mencipta nama dan terkenal melalui David Teo.

“Lagipun bagi saya, bukan dengan David Teo sahaja tetapi seseorang artis itu kena kenal dengan semua produser dan pengarah kerana selain bakat, mereka yang nak naik kena ada hubungan baik dengan produser dan pengarah.

“Memang tak dinafikan yang produksi itu penting. Satu lagi, apa yang saya kagum dengan David Teo adalah dia bukan jenis seorang yang berlagak,” luah Becca yang akan menjalani pengambaran drama ‘Jangan Tegur’ terbitan MIG mulai 7 Oktober ini.

Selain ‘Jangan Tegur’ sebanyak tiga drama lain yang akan menjalani pengambaran dalam bulan Oktober ini iaitu ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Mertua Vs Menantu’ dan ‘Cinta Tikar Sejadah’ manakala 15 buah filem yang akan menjalani pengambarannya masa masa akan datang termasuk hujung tahun ini di bawah terbitan MIG.

Jadi, tidak mustahil sekiranya Becca akan berlakon dalam salah sebuah filem itu kerana seperti pelakon lain, dia sendiri menyimpan cita-cita untuk ke layar perak.

Sebelum ini dia pernah menjadi pelakon sampingan untuk filem ‘Maut’ arahan Bade Hj. Azmi.

“Kalau ditawarkan untuk berlakon filem, saya teringin untuk berlakon genre seram atau aksi.

“Cerita komedi tak sejiwa dengan saya tetapi jika ditawarkan juga tak salah untuk saya cuba.

“Saya suka apabila mendapat watak seorang yang ‘psiko’ seperti yang saya lakonkan dalam drama ‘Jangan Tegur’ nanti.

“Saya memang jadi gila dan lebih tekankan kepada dalaman dan mental. Dalam cerita ini juga saya hanya perlu memakai baju yang sama dalam empat pasang dan tak perlu bersolek,” katanya yang memegang watak Natasha dalam drama 13 episod itu.

Becca berkata drama ini merupakan kepercayaan kedua oleh MIG selepas dia melakonkan drama ‘Legasi 43 Karat’.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan