Putri Mardiana sedih jadi mangsa kutukan

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Putri Mardiana mula mengukir nama di dalam bidang lakonan - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
Putri Mardiana mula mengukir nama di dalam bidang lakonan - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

PELAKON berusia 28 tahun ini baru saja ingin menapak di dalam bidang lakonan. Namun, tatkala sedang berusaha untuk mengukir nama, Putri Mardiana akui agak sedih bila kisah peribadinya lebih menjadi perhatian masyarakat untuk diperbualkan.

Bukannya tidak bersedia dengan segala cabaran dalam bergelar anak seni, namun tutur pelakon yang mesra disapa Nana ini, sebagai muka baru di dalam bidang ini, dia mengharapkan tumpuan lebih diberikan kepada perjalanan kariernya yang baru saja bermula.

Kisah perceraiannya dengan bekas suami pada 25 Ogos lalu ternyata membuka mata banyak pihak yang masih samar-samar tentang kemunculannya di persada seni, apatah lagi filem sulung lakonannya, Santau, masih belum ditayangkan.

Nana dan Shahnaz Norwawi, sah bercerai talak satu selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Pelbagai cerita diperkatakan di sebalik keretakan rumahtangga mereka yang hanya mampu bertahan selama tujuh tahun itu, sehingga akui Nana, dia pernah rasa tertekan tentang perkara itu.

"Sewaktu bercerai itu, hampir setiap hari memang kisah tentang perceraian saya saja yang diperkatakan. Ramai juga yang mengutuk saya dan persoalkan ibu jenis apalah saya ini.

"Saya memang agak tertekan dengan kutukan-kutukan tersebut pada waktu itu. Nasib baiklah keluarga banyak memberi sokongan dan semangat untuk saya tabahkan diri. Lama-kelamaan, saya sudah malas ambil pusing dengan apa yang orang perkatakan.

"Apa yang penting, saya dan keluarga tahu apa sebenarnya terjadi dan biarlah perkara itu saya simpan kemas dalam hidup saya," kata ibu kepada tiga orang anak iaitu Alia Wirdani, 6, Amir Firman, 4, dan , Airell Zuhair, 3, yang kini berada di bawah jagaan bekas suaminya.

Kata Nana lagi, dia bersyukur tatkala dirinya dilanda dugaan seperti itu, bakat lakonannya terus mendapat perhatian dan sehingga kini, tawaran berlakon yang diterimanya tidak putus-putus.

"Mungkin inilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya, bila sibuk dengan kerja, dapatlah saya lupakan segala masalah yang ada.

"Alhamdulillah, satu demi satu tawaran singgah pada saya walaupun saya tidaklah sepopular mana pun.

"Selepas Santau, saya terbabit dalam beberapa buah drama. Ketika ini, saya sedang di dalam proses penggambaran drama Mama Murai.

"Terbaru, drama bersiri Jangan Tegur Lagi yang akan menyusul dengan penggambaran tidak lama lagi," kata pemenang pingat emas dalam kategori lakonan di Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, California, Amerika Syarikat ini tidak lama dulu.

Ditanya adakah perkara seperti ini membuatkan dia serik untuk menjalinkan hubungan baru, kata Nana, dia tidak pernah berasa demikian.

Namun, akuinya, selepas ini dia hanya ingin lebih berhati-hati untuk mencari 'pengganti' teman hidupnya kelak.

"Sebagai manusia, kita kena teruskan hidup biar apapun yang pernah berlaku dalam diri kita. Saya juga ingin kehidupan yang ceria dan tenang serta memulakan hidup yang baru.

"Cuma jika benar ada seru untuk berkahwin lagi, saya ingin lebih berhati-hati. Saya tidak memandang paras rupa, cukuplah hati budinya saja," katanya dalam anda perlahan.

Dalam pada itu, mengulas tentang karier seninya yang dilihat semakin memuncak itu, dalam nada rendah diri, Nana berkata, dia sendiri tidak menyangka bakat lakonannya dihargai.

"Tidak pernah saya terfikir bahawa peluang akan sentiasa ada untuk saya. Mungkin ini juga berkat doa yang saya minta daripada tuhan agar rezeki saya dimurahkan.

"Lagipun, sementara orang masih memberi peluang, lebih baik saya gunakan sebaik mungkin. Saya sedar, menjadi artis memang akan ada pasang surutnya," katanya yang memegang watak Baizura di dalam drama Jangan Tegur Lagi arahan Ismail Bob Hasim itu.

Turut membintangi drama yang bakal menghiasi slot Seram di TV3 itu nanti ialah Rabecca Nur Al-Islam, Yana, Aida Aris, Eizlan Yusof dan Danny X-Factor.

Secara ringkasnya, drama yang diadaptasi dari versi filem Jangan Tegur itu mengisahkan tentang Natasya yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya sebaik pulang daripada bulan madu bersama suaminya, Kamal.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan Natasya mengalami koma hampir dua tahun dan dalam tempoh itu, Natasya telah mendapat mimpi tentang seorang wanita aneh bernama Baizura.

Natasya yang tersedar dari koma kemudiannya mendapati dirinya mampu melihat makhluk-makhluk ghaib di sekitarnya. Baizura juga kekal muncul di dalam kehidupan realiti Natasya dan dia merasakan peristiwa yang menimpa dirinya ada kena-mengena dengan Baizura.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan