Kakak Tua: Bila Nora Danish jadi puteri bunian yang 'gedik'

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nora Danish berlakon sebagai bunian di dalam drama bersiri 'Sumpah Bunian'
Nora Danish berlakon sebagai bunian di dalam drama bersiri 'Sumpah Bunian'

BUKAN mudah menyelami dunia bunian yang penuh ilusi dan mistik, melainkan daya kreativiti kita menjangkau ke daerah itu. Kesempatan menonton drama bersiri 'Sumpah Bunian' di TV9 baru-baru ini membuahkan satu pengamatan yang menarik.

Bagaimana sebuah imaginasi bunian yang dilahirkan di abad ini jauh berbeza dengan bunian intepretasi Seniman Agung P. Ramlee pada tahun 60-an.

Betapa indah ilusi bunian di mata dan garapan P. Ramlee hingga kini ianya masih melekat di minda dan hati.

Meskipun watak puteri bunian dibawa oleh wajah baru yang langsung tidak terkenal, namun gambaran itu begitu mistik dan cukup 'sempurna' sekali.

Sewajarnya P. Ramlee bijak mencaturkan puteri bunian dengan lakaran begitu. Hasilnya paras wajah dan perilaku puteri bunian yang sedemikian dapat diterima ramai.

Ini kerana kita sendiri tidak arif tentang kewujudan fizikal orang bunian. Jadi bila pilihan puteri bunian versi P. Ramlee seorang yang jelita hampir-hampir persis Sang Ratu, makanya itu sudah cukup hebat.

Bayangkan, imaginasi itu terhasil di abad 60-an. Tetapi, hampir 50 tahun kemudian, bila dihasilkan cerita bunian versi baru, dalam bentuk 'Sumpah Bunian' di TV9, Kakak Tua langsung tidak dapat mengulangi rasa keterujaan itu.

Sudahlah jalan ceritanya agak sukar diterima, dunia bunian yang dilakarkan silap-silap boleh mengelirukan fikiran.

Dizahirkan mengelirukan fikiran. Dizahirkan bunian itu dengan sifat serba putih pakaiannya, dengan sentuhan ajaib dalam satu dunia mistik ala manusia.

Puteri Buniannya pula adalah aktres comel Nora Danish yang manis bertudung serta berpakaian putih.

Kakak Tua tidak tahu hendak ketawa atau geram bila tengok puteri bunian gedik iaitu Nora Danish yang asyik melayan cintanya dengan manusia biasa bernama Adam.

Bertambah lucu, bila nenek puteri bunian mencubit Puteri Bunian agar menjaga tingkah laku. Nampak 'murah' dan 'jatuh standard' bunian bila dizahirkan begitu rupa.

Sewaktu bapa Puteri Bunian ingin memulihkan Adam, gayanya pula persis bayangan Adam, gayanya pula persis bayangan tok pawang dengan menteranya.

Sedangkan pengetahuan kita tentang alam bunian atau makhluk halus ini begitu terbatas sekali, masakan kita dapat menelah apa sebenarnya yang berlaku di dunia mereka.

Bukan tidak percaya kewujudan insan bunian tetapi hukum akal kita tidak mampu memberikan gambaran tepat tentang makhluk itu.

Kalaulah cerita bunian ini ditafsirkan dalam bentuk doku-drama seperti 'Misteri Nusantara' dengan taglinenya...'Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri', bolehlah juga diterima akal.

Tetapi apabila ditokok tambah dan terhasillah cerita berupa 'Sumpah Bunian' dah jadi macam kartun pula. Walau apapun, Kakak Tua rasa ramai yang akan terpaku menonton cerita pelik ini kerana tarikan subjek 'bunian' yang dipilih.

Lagipun bila masuk elemen magis, memang orang Melayu suka. Lihat sajalah watak perempuan sihir dan pari-pari bernama 'Puteri' dalam sinetron Indonesia 'Bawang Merah Bawang Putih'. Walau tak masuk akal, tetap ditonton berkali-kali.

KAKAK TUA: Selalu juga terleka dengan cerita magis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan