Amber sedih diperdaya rakan

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amber tidak dapat menahan sebak dalam sidang akhbar bersama peguamnya Rajan, semalam. -Foto THE STAR oleh LOW LAY PHON
Amber tidak dapat menahan sebak dalam sidang akhbar bersama peguamnya Rajan, semalam. -Foto THE STAR oleh LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Model terkemuka tanah air, Amber Chia kini sedar persahabatan dan perkongsian perniagaan yang baik sukar berjalan seiring.

Selebriti berusia 28 tahun itu berkata satu pertikaian berhubung kontrak dengan kawannya, Yap Wen-Ji yang juga rakan kongsi, telah memberikannya satu pengajaran yang sangat bernilai.

"Ia (krisis) adalah satu pengalaman pembelajaran yang baik untuk saya," kata Amber yang juga pengasas syarikat pengurusan acara Amber Creation Sdn Bhd dalam satu sidang akhbar semalam.

"Saya cuba kekal positif. Saya asyik memberitahu diri saya semuanya akan menjadi baik."

Dalam sidang akhbar semalam, Chia menangis sambil menantikan kehadiran bekas rakan kongsinya untuk menjelaskan kenapa program realiti pencarian supermodel di Malaysia, "Malaysia’s Supermodel Search Presents Ford Supermodel of the World" gagal dilaksanakan.

Yap, pengasas program realiti pencarian supermodel itu, gagal mengemukakan dokumen-dokumen mengenai perjanjian francais dengan Ford Models walaupun diminta banyak kali untuk berbuat demikian.

"Saya tahu ini akan berlaku," kata Chia yang tidak dapat menahan emosinya selepas menunggu hampir sejam untuk Yap hadir ke sidang akhbar itu.

"Saya telah memanggil Wen-Ji sejam terdahulu. Dia kata dia akan datang dengan ayah dan dokumen-dokumen tersebut. Saya harap kami dapat menyelesaikannya hari ini dan memulakan program itu."

Ekoran kegagalan Yap tampil pada sidang akhbar itu, Amber menerusi peguamnya Rajan telah menghantar emel dan faks satu surat kepada Ford Models di New York untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara francais tersebut.

"Kami masih menunggu maklum balas daripada Ford Models," kata Rajan.

Sementara itu, sumber-sumber memberitahu bahawa Yap dijangka mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan versi ceritanya pula hari ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan