Titi DJ: Masalah rumahtangga KD-Anang bisa naikkan rating TV

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Titi DJ bersama Krisdayanti dan Ruth Sahanaya.
Titi DJ bersama Krisdayanti dan Ruth Sahanaya.

TITI DJ, sahabat rapat Krisdayanti (KD) berkata masalah rumah tangga sahabatnya bisa menaikkan rating TV.

Mnurut, Titi, dia tidak mengetahui perihal sebenar perceraian pelantun 'Mencintaimu' dan hanya mengikuti mellaui jurucakap KD, Elsie Lontoh.

Kata Titi, dia tidak tau secara terperinci dan tak terlalu ingin tahu.

"Elsie memberitahu kedua-duanya sepakat bercerai. Dan saya juga diberitahu yang KD membawa kes perceraian ini ke pengadilan," kata Titi

Namun kata Titi, ia pasti berita perceraian kedua personaliti ini akan menaikkan rating TV yang menayangkan berita selebriti. Juga, ia sangat ketepatan dengan waktu Anang mengeluarkan album kerana seluruh wartawan akan mengejarnya.

"Kebetulan kan Anang promo album jadi dimanfaatkan sama televisi dan ini semua dilakukan demi rating," ujar Titi.

Semenjak khabar perceraiannya tersebar, Krisdayanti memang jarang kelihatan. Ternyata ia memang sengaja menyendiri dan menolak untuk bertemu para sahabatnya.

Titi berkata, semenjak bercerai, KD memang menolak untuk bertemu dengannya.

"Saya ada sms dia (KD) untuk ketemu tetapi dia tidak mau ketemu dulu untuk saat ini. Jadi saya tidak mau memaksa, saya harus menghormati dia (KD)," ujar Titi.

Titi pun mengaku tak tahu apa-apa mengenai rumah tangganya tersebut. Jika pun ia sempat bertemu KD baru-baru ini, bukan kisah keluarga yang mereka bualkan. Mereka hanya bicara masalah rambut.

"Saya sudah lama tidak ketemu Krisdayanti. Kelmarin sempat bertemu, tetapi kita cuma membicarakan rambut saja," ujar Titi lagi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan