PM puji peranan industri filem dalam mendidik manusia - Berita Hiburan | mStar

PM puji peranan industri filem dalam mendidik manusia

Diterbitkan: Isnin, 5 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyanjung tinggi peranan yang dimainkan oleh industri perfileman dalam mendidik manusia.

Dalam mesejnya sempena Festival Filem Malaysia-Australia yang bermula di sini malam Sabtu, Najib berkata "filem adalah media yang menarik bagi memberikan kehidupan kepada cerita dan imaginasi".

"Tetapi apa yang lebih penting ialah ia merupakan cara terbaik dalam mendidik manusia mengenai kepelbagaian tempat, budaya, gaya hidup dan nilainilai daripada pelbagai masyarakat di seluruh pelusuk dunia," katanya.

"Melalui filem, kita dapat mempelajari lebih banyak mengenai sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain dan dan adalah diharapkan ini akan membawa kepada hubungan yang lebih kukuh dan saling faham memahami antara satu sama lain," katanya.

Najib berharap festival filem ini " akan menjadi satu cara yang hebat bagi bertukar-tukar pengetahuan dan idea mengenai kreativiti, teknik dan trend dalam seni pembuatan filem yang semakin canggih".

Sementara itu, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Hasnul Hassan dalam mesejnya sempena festival itu berkata dalam era globalisasi, filem-filem dan budaya boleh menjadi platform bagi penduduk dari seluruh pelusuk dunia untuk mendekati di antara satu dengan yang lain.

"Festival ini akan memberi peluang kepada rakyat Australia untuk meninjau dan menghayati keindahan dan kekayaan budaya rakyat Malaysia," kata Hasnul.

Beliau meminta rakyat Australia dan begitu juga rakyat Malaysia yang menetap di Australia, untuk mengambil bahagian dalam festival yang menarik ini.

"Ia akan menggalakkan bukan sahaja pelancongan merentas sempadan tetapi juga transaksi perniagaan antara kedua buah negara," katanya.

Festival empat hari yang diadakan di Australian Centre for the Moving Image, Federation Square di sini akan menayangkan filem 'Talentime', 'Geng: Pengembaraan Bermula', 'Cicakman 2: Planet Hitam', 'Pensil', 'Muallaf' dan 'My Telatori'. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan