KD dibenarkan berkomunikasi dengan anak-anak melalui media, SMS atau Blackberry dengan syarat

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Krisdayanti beraksi semasa The World Peace Music Awards, pada 14 Jun 2003, di Garuda Wisnu Kencana di Bali, Indonesia. -Foto AP
Krisdayanti beraksi semasa The World Peace Music Awards, pada 14 Jun 2003, di Garuda Wisnu Kencana di Bali, Indonesia. -Foto AP

KRISDAYANTI (KD) dan bekas suami Anang Hermansyah telah mencapai kata sepakat dalam soal hak penjagaan dan harta. Surat yang menjelaskan kesepakatan ini dibuat baru-baru ini di hadapan pasangan Rudhy A Lontoh dan Elsie (yang juga jurucakap bagi pihak KD).

Surat itu, antara lain menyentuh, soal hak penjagaan Aurelle dan Azriel dan pembahagian harta.

Di surat itu, mereka sepakat untuk memberikan hak penjagaan anak kepada kepada Anang dengan menimbang kesibukan Anang dan KD. Namun Anang diwajibkan untuk menerangkan soal perceraian ini kepada anak-anaknya secara wajar.

Dan KD pula tetap mendapat hak untuk menemui dua buah hatinya itu, tapi harus dengan persetujuan Anang. KD juga dibenarkan menjalin komunikasi dengan Aurelle dan Azriel melalui media apa pun, mulai dari SMS hingga ke Blackberry Messenger.

Bagi urusan harta, Anang dan KD sepakat untuk memberikan kepada Aurelle dan Azriel. Sebelum ini, Anang dan KD tidak membuat perjanjian nikah untuk pisah harta.

Pendaftaran perceraian KD dengan Anang Hermansyah telah dibuat pada 28 September 2009 lalu. Setelah pendaftaran itu, Krisdayanti berjanji akan menyelesaikan masalah kelancaran proses perceraian dan akan mengorbankan pekerjaannya.

"KD rasa masalah perceraian tidak sebanding dengan masalah pekerjaan. Dia sangat menghormati urusan ini hiungga menunda beberapa pekerjaan sampai putusan cerai keluar, baru dikerjakan," ujar Elsie Lontoh, jurucakap KD.

Menurut Elsie, KD telah membuat jadual kerja yang sesuai dengan dengan proses percerainnya sampai bulan November. Penyanyi yang popular dengan lagu 'I'm Sorry Goodbye' jelas sudah siap secara mental untuk mengharungi apa saja kemungkinan dan mengakhiri biduk rumah tangga yang telah didirikan selama 13 tahun itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan