Justin Timberlake dan Jessica Biel masih lagi bersama

Diterbitkan: Ahad, 4 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hubungan Justin Timberlake dan Jessica Biel dikatakan berantakan sejak kebelakangan ini. Terbaru timbul pula khabar angin Justin mahu menjalinkan hubungan dengan Rihanna. foto-AFP
Hubungan Justin Timberlake dan Jessica Biel dikatakan berantakan sejak kebelakangan ini. Terbaru timbul pula khabar angin Justin mahu menjalinkan hubungan dengan Rihanna. foto-AFP

JUSTIN Timberlake kelihatan masih lagi keluar bersama dengan Jessica Biel mengakhiri spekulasi sebelum ini yang mengatakan mereka berdua sudahpun berpisah.

Laporan sebelum ini mengatakan Justin memutuskan hubungan dengan Jessica kerana mahu menjalinkan hubungan dengan Rihanna.

Bagaimanapun, terbaru, Justin dikatakan berjalan sambil berpegangan tangan dengan Jessica walaupun kedua-dua mereka kelihatan 'tidak gembira'.

"Khabar angin yang mengatakan Justin kini sedang bercinta dengan Rihanna adalah tidak benar sama sekali," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataan sumber.

Khabar angin sebelum ini mengatakan hubungan kedua-dua pasangan tersebut berantakan dan Justin telah memutuskan hubungan mereka melalui satu panggilan telefon.

Menurut sumber Justin kelihatan menari bersama dengan penyanyi terkenal Rihanna ketika menghadiri sebuah parti.

Justin dikatakan berminat untuk menjalinkan hubungan dengan Rihanna.

"Rihanna pandai memikat hati dan suka mengusik Justin. Dia pun sebenarnya berminat untuk keluar bersama dengan Justin," kata sumber itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan