Sherry masih terasa 'bisa' putus cinta dengan Ashraf

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sherry akui belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta yang baru setelah gagal dalam percintaan dengan Ashraf
Sherry akui belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta yang baru setelah gagal dalam percintaan dengan Ashraf

DUA pelakon berbakat besar ini pernah dilabel sebagai pasangan kekasih yang romantis. Tidak pernah hubungan mereka 'terganggu' dengan cerita-cerita negatif sepanjang kira-kira tiga tahun menyulam cinta.

Namun, manusia hanya mampu merancang. Hubungan yang diharapkan berpanjangan hingga ke ikatan perkahwinan bagaimanapun lebur begitu sahaja apabila cinta yang terjalin antara Sherry Ibrahim dan Ashraf Muslim akhirnya putus di tengah jalan beberapa bulan lalu.

Apa puncanya, kata Sherry, biarlah hanya mereka saja yang tahu. Namun, tutur pelakon berusia 26 tahun itu, dia akui 'bisa' akibat putus cinta itu masih terus dirasai sehingga kini, apatah lagi mereka sudah begitu mengenali hati budi masing-masing.

Ujar Sherry, walaupun dirinya sedang cuba membiasakan diri tanpa Ashraf di sisi, namun dia tidak nafikan, sukar untuk membohongi diri sendiri tentang 'kesunyian' yang melanda dirinya.

Malah, ada juga yang mengatakan nama Sherry agak 'senyap' sejak kebelakangan ini kerana sedang mengubat hatinya yang terluka.

"Memang saya agak 'diam' sikit daripada sebarang publisiti. Maklumlah, dulu selalunya kisah saya dan Ashraf yang sering keluar. Sekarang ini, situasinya berbeza.

"Saya tidak nafikan, kebelakangan ini saya agak menyendiri sedikit. Saya rasa, semua yang pernah alami situasi ini akan berdepan dengan perasaan seperti ini juga.

"Pastinya sukar untuk saya tangkis perasaan sedih itu. Ada juga kawan-kawan yang memberikan sokongan moral, tetapi bila ada yang selalu bertanya tentang keadaan saya sudah 'ok' atau tidak, rasa kurang selesa juga.

"Tetapi saya faham, mereka ambil berat tentang saya. Dan saya sedar, hidup mesti diteruskan. Apapun, hal seperti ini sebenarnya sedikit sebanyak mematangkan diri saya," ujar Sherry.

Menurut gadis yang berasal dari Petaling Jaya ini lagi, meskipun sudah berpisah, dia dan Ashraf masih ingin mengekalkan hubungan persahabatan yang terjalin.

"Selepas berpisah, ada juga kami hubungi antara satu sama lain, tetapi dalam situasi yang sudah berbeza kerana kami kini hanya kawan. Adik-beradiknya juga kerap menghubungi saya.

"Begitu juga dengan Ashraf, dia masih menghubungi keluarga saya dan bertanya khabar mereka. Lagipun antara keluarga saya dan keluarganya memang sudah mengenali," luah pelakon yang popular dengan drama Renjis dan Dunia Baru ini.

Ditanya adakah kisah cintanya itu membuatkan dia agak serik untuk menjalinkan hubungan lagi, kata Sherry, buat masa ini, dia ingin 'menutup' dulu pintu hatinya untuk menerima cinta baru dan mahu memberi tumpuan terhadap karier seninya.

"Tidaklah saya serik. Saya percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Nasib baik juga tawaran berlakon semakin banyak yang saya terima, jadi dapatlah saya sibukkan diri dengan karier.

"Saya tidak mahu fikir lagi tentang pengganti dan tentang hubungan cinta buat masa ini. Saya belum bersedia untuk hubungan yang baru," kata Sherry dalam nada perlahan.

Ditanya tentang perkembangan karier seninya ketika ini, kata Sherry, sepanjang Ramadan lalu, dia berehat seketika daripada menjayakan sebarang penggambaran dan akan terbabit dengan sebuah drama bersiri kelak.

"Tahun lepas saya amat sibuk dengan penggambaran drama Renjis ketika bulan puasa. Jadi, saya ambil keputusan untuk berehat seketika pada bulan Ramadan tahun ini.

"Ada beberapa buah drama lagi yang saya terlibat akan ditayangkan tidak lama lagi. Begitu juga dengan sebuah program yang saya bertindak selaku pengacara iaitu 'Dari Suara Hati'.

"Program hiburan yang akan mengetengahkan lagu-lagu berbentuk puisi itu akan mula disiarkan di Astro pada bulan ini," kata Sherry yang sebelum ini pernah menjadi pengacara Layar Lensa tidak lama dulu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan