MJ marah selepas Madonna tidak pedulikan seorang kanak-kanak

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson pernah memarahi  Madonna kerana tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang datang ke arah mereka. foto-REUTERS
Michael Jackson pernah memarahi Madonna kerana tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang datang ke arah mereka. foto-REUTERS

HUBUNGAN percintaan Michael Jackson dan Madonna dikatakan tidak kesampaian kerana tindakan Madonna yang tidak mengendahkan seorang kanak-kanak yang datang menegur mereka ketika kedua-dua mereka sedang keluar bersama.

Hubungan mereka dikatakan bermula pada awal 90an dan mereka telah beberapa kali telah keluar bersama.

Menurut Michael dalam temubual bersama rakan karibnya iaitu seorang Rabai, Shmuley Boteach, hubungan mereka mula menjadi tegang dalam satu insiden apabila Madonna tidak mahu melayan seorang kanak-kanak yang amat mememinati mereka berdua.

"Pada masa itu kami sedang makan... tiba-tiba seorang kanak-kanak yang teruja melihat kehadiran kami berdua di restoran itu terus datang berjumpa dengan saya dan Madonna.

"Madonna ketika itu menghalau kanak-kanak tersebut kerana tidak mahu diganggu.

"Saya pun terus memarahinya dan memberitahu jangan bercakap dengan seorang kanak-kanak seperti itu.

"Kemudian Madonna menjawab 'diamlah', kemudian saya mengatakan dia yang harus diam dan bukan saya," kata Michael kepada Shmuley.

Michael pernah menghadiri anugerah Oskar bersama dengan Madonna pada tahun 1991.

"Bagaimanapun dia bukan seorang gadis yang baik," kata Michael lagi dalam temubual itu.

Anggapan ramai ketika itu Madonna keluar bersama dengan Michael hanya untuk meningkatkan publisiti mengenai dokumentari dan album yang mereka hasilkan.

Michael dan Madonna hari ini masing-masing diberi gelaran raja dan ratu pop.

Temubual Michael dan rakannya itu dikatakan dirakam antara tahun 1999 hingga 2001.

Michael pernah memberitahu bahawa dia mahu temubual itu didedahkan kepada umum supaya orang ramai dapat mengetahui lebih banyak perkara sebenar mengenai dirinya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan