Michael dan Janet berkongsi perasaan benci terhadap Joe Jackson

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson pernah menceritakan dia sering didera oleh ayahnya semasa zaman kanak-kanak. foto-AP
Michael Jackson pernah menceritakan dia sering didera oleh ayahnya semasa zaman kanak-kanak. foto-AP

MICHAEL dan adiknya, Janet, mempunyai satu persamaan, mereka berdua sebenarnya amat benci ayah mereka, Joseph ataupun lebih dikenali sebagai Joe.

Raja pop itu meninggal dunia secara mengejut Jun lepas.

Michael pernah menceritakan perasaan bencinya terhadap Joe yang dikatakan sering menderanya ketika masih kecil.

Dalam temubual bersama dengan kawan rapatnya seorang Rabai, Shmuley Boteach, Michael turut mendedahkan bahawa Janet juga berkongsi perasaan benci terhadap ayah mereka.

Menurut Michael lagi mereka berdua juga tidak kisah sekiranya Joe meninggal dunia bila-bila masa pun.

"Perkara ini saya tidak akan lupa sampai bila-bila, ketika itu saya menyuruh Janet supaya menutup matanya.

"Selepas itu saya menyuruh Janet membayangkan Joe berada di dalam keranda dan sudah meninggal dunia... kemudian saya bertanya kepada Janet adakah dia akan sedih?

"Setiap kali saya bertanya soalan itu Janet akan menjawab 'tidak'.

"Begitulah betapa bencinya kami berdua terhadap ayah kami sendiri," kata Michael kepada Shmuley.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan