Johan dan Zizan buktikan mereka masih satu kepala

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isu tidak sekepala antara Johan dan Zizan pastinya dapat ditangkis apabila mereka terus dipilih mengacarakan Raja Lawak musim keempat yang akan bermula tidak lama lagi. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG
Isu tidak sekepala antara Johan dan Zizan pastinya dapat ditangkis apabila mereka terus dipilih mengacarakan Raja Lawak musim keempat yang akan bermula tidak lama lagi. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

GOSIP yang tersebar mengenai dua orang pengacara Raja Lawak iaitu Johan dan Zizan tidak sekepala pernah menjadi cerita hangat yang membuatkan ramai orang tertanya-tanya mengenai kesahihannya.

Gosip yang mengatakan kedua-dua mereka sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi satu kepala itu pastinya bukan sesuatu yang benar setelah kedua-dua mereka membuktikannya apabila terus dipilih untuk mengacarakan Raja Lawak musim keempat yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut Muhamad Yazid Lim atau Johan dia begitu terjejas dengan gosip tersebut dan tidak suka ada pihak yang ingin memecahbelahkan hubungan baiknya dengan Zizan.

"Bila gosip itu diperkatakan, ia sangat menjejaskan saya... mereka kata saya dan Zizan sudah tidak sekepala dan tidak lepak sekali, sedangkan kami selalu lepak sekali.

"Bagi saya orang yang menyebarkan gosip tersebut adalah seorang yang jahat dan mempunyai niat untuk memecahbelahkan hubungan baik antara kami.

"Bila saya beritahu Zizan tentang gosip tersebut dia juga marah dan terkejut, hubungan kami memang sentiasa rapat dan tidak pernah ada masalah," katanya.

Menurut Johan juga dia tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki terhadap hubungannya bersama Zizan.

"Saya sendiri tidak faham mengapa ada sesetengah pihak yang dengki pada kami berdua... sedangkan kebenarannya kami bekerja hanya untuk menghiburkan penonton dan tidak pernah ganggu sesiapa.

"Tapi apa saya boleh buat... mulut orang kita bukan boleh tutup dan sayapun tidak ada hak untuk halang orang dari terus menyebarkan berita palsu," kata suami kepada pelakon Ozlyn Wati ini.

Melihat gelagat Johan dan Zizan ketika ditemuramah, kemesraan dan keakraban dua sahabat ini bagai sudah menjelaskan mereka tidak memiliki sebarang masalah dalam persahabatan mereka.

Bagi Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, dia menerima gosip ini sebagai satu perkara yang positif buatnya dan Johan di mana gosip itu juga membantu mempromosikan mereka berdua.

"Saya pada mulanya agak marah juga, tetapi saya terima gosip ini sebagai satu perkara yang positif dan tidak terlalu memikirkannya.

"Ekoran dari gosip itu juga, ia sekaligus membantu mempromosikan diri kami dan kami banyak terima panggilan dari peminat yang bertanyakan situasi kami," jelas naib juara Raja Lawak musim pertama ini.

Zizan turut menjelaskan dia begitu serasi bekerja dengan Johan dan jika di luar bidang kerja juga mereka sentiasa serasi.

"Jika dilihat kerja kami di Raja Lawak, kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk berinteraksi... ini kerana kami memang serasi dan biasa kerja bersama.

"Bila di luar bidang kerja juga, kami memang begini, tidak boleh jika tidak melawak, bergurau dan tidak tahu duduk diam.

"Malah dengan artis-artis lain juga kami bersikap begini dan tidak ada sebarang masalah dengan mereka," katanya.

Pada anak muda yang berasal dari Terengganu ini juga, jika dia bergaduh dengan Johan semua itu dilakukan secara profesional dan tidak bersikap kebudak-budakan.

"Nak kata kami tidak pernah bergaduh itu tidak logik, kami pernah bergaduh tetapi ianya berlaku secara profesional... kami bergaduh secara positif iaitu tentang idea untuk memantapkan lagi kerja kami dan benda-benda yang bagus.

"Kalau gaduh lain tu mungkin bila kami sedang bermain playstation dan di situ kami bergaduh sakan, tetapi tidak sampai bertumbuk... sebaliknya hanya bertumbuk melalui permainan video itu sahaja," jelasnya sambil ketawa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan