Chef Wan tubuh akademi masakan bertaraf dunia

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chef Wan memperkenalkan dua hidangan utama, Lamb Couscous dan Chicken Tajine. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI
Chef Wan memperkenalkan dua hidangan utama, Lamb Couscous dan Chicken Tajine. -Foto THE STAR oleh RICKY LAI

DALAM diam-diam, Chef Wan sudah membuat dua perancangan besar pada tahun hadapan. Chef tersohor ini akan menubuhkan sebuah akademi masakan bertaraf dunia dan pada waktu yang sama akan meluaskan empayar perniagaan restoran di bawah jenama 'Chef Wan Restaurant'.

Perbincangan ke arah dua projek mega ini sudah hampir sampai ke penghujungnya dan kini hanya tunggu masa saja untuk menjalinkan usahasama.

Bagi perniagaan rangkaian bisnes makanan, Wan akan bekerjasama dengan seorang tokoh perniagaan yang berpengaruh.

Rakan kongsi Chef Wan bukannya orang asing tapi Datuk Steven Sim, pemilik dan ketua Pegawai Eksekutif 'Secret Recipe Cakes and Cafe Sdn Bhd'.

Pengalaman Steven yang luas, serta bidang bisnes makanan yang sama membuat Chef Wan begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk melihat produk akhir usahasama ini.

Tambahan pula, kini Secret Recipe juga baru melebarkan sayap perniagaannya dengan menubuhkan konsep kafe baru yang diberi nama ZEN.

"Secret Recipe telah membuktikan kejayaannya. Harap-harap Wan akan berjaya seperti Datuk Steven. Bukan saja dia jadi rakan kongsi tapi dia akan memberi nasihat bagaimana hendak melebarkan empayar restoran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Secret Recipe saja ada 250 outlet satu dunia. Bermula 12 tahun lalu dengan aset modal RM 250,000 kini asetnya mencecah ratusan juta. Itu satu dari impian Wan. Bila Wan berjaya, Wan dapat menolong orang yang memerlukan. "Kami akan membuat usaha sama ini tahun hadapan di mana saham pelaburan Datuk Steven adalah 40% dan Wan 60%. Wan melabur 3 juta untuk memulakan franchise Chef Wan Malaysia Restoran macam stail Secret Recipe dan cafe ZEN tu.

"InsyaAllah, kalau ikut perancangan, ianya akan dapat dimulakan pada April tahun depan dan kini sedang dalam perancangan mereka cipta konsep restoran dan menyiapkan menu," jelas Chef Wan.

Anak lelaki Wan yang menurut jejak langkahnya menjadi chef iaitu Chef Nazri pula akan dilantik menjadi Ketua eksekutif tukang untuk menguruskan bisnes ini.

"Datuk Steven akan menguruskan aspek bisnes dan saya pula akan jadi pengarah, penasihat PR dan orang yang merancang menu," jelas Chef Wan yang baru dianugerahkan "Best Asian TV Chef" di Singapura baru-baru ini.

Chef Wan juga akan tubuhkan akademi khas 'C.A.C.A' (Chef Wans Asian Culinary Academy) untuk pelajar-pelajar yang ingin belajar memasak pada tahun hadapan.

Chef yang tidak putus-putus mendapat tawaran mengajar ini, akan menandatangani MOU dengan Taylors College Universiti tidak lama lagi.

"Saya baru habis brainstorming untuk buat modul bagi pelbagai masakan Asian. Akademi ini akan siap beroperasi di Taylors College School of Hospitality pada pertengahan tahun hadapan.

"Sekolah ini akan ditempatkan di bangunan 5 blok dan pengambilan pelajar pula akan melibatkan 5,000 pelajar dari seluruh dunia. Sekolah ini juga akan menempatkan sebuah restoran Asian," jelas Wan yang bersengkang mata untuk menyiapkan modul dan kurikulum untuk akademi itu.

Menurut Wan, sesiapa saja yang berminat mendalami bidang masakan boleh memohon untuk belajar di akademi ini. Modul yang disiapkan oleh Wan begitu komprehensif dan khas dibuat untuk mereka yang datangd ari latar belakang masakan yang berbeza.

"Yang tak pandai masak hinggalah macam mana nak jadi profesional dalam bidang ini boleh memohon. Bukan saja tentang masakan, kita juga ada kelas untuk mempelajari sejarah dan kebudayaan setiap makanan dari negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan India.

"Juga disediakan kursus untuk bakal pengantin, diplomatik asing untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat melalui makanan. Dan ada juga kursus usahawan," kata Wan yang masih kekal dengan sikap merendah diri meskipun sudang bergelar hartawan.

Impian untuk bergelar jutawan sudahpun tercapai. Kini, hasratnya hanya satu, untuk menubuhkan sebuah Yayasan untuk membantu orang-orang yang kurang kemampuan.

"Itu saja yang Wan inginkan. Kalau tuhan izinkan, dapatlah Wan buat Yayasan. Mana-mana anak orang miskin boleh memohon dari yayasan ini. Sebelum Wan tutup mata, Wan nak tinggalkan sesuatu untuk generasi akan datang," kata Wan sebelum mengakhiri perbualan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan