Aleeza selamat jalani pembedahan jangkitan kuman di kepala

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aleeza Kassim selamat menjalani pembedahan di bahagian muka dan kepalanya selepas mengalami jangkitan kuman.
Aleeza Kassim selamat menjalani pembedahan di bahagian muka dan kepalanya selepas mengalami jangkitan kuman.

AKTRES dan model, Aleeza Kassim telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan cecair kuman dari bahagian kepalanya di Hospital Pakar Damansara pada jam 1 tengahari kelmarin (29 September).

Menurut seorang kenalan rapat Aleeza pembedahan selama 3 jam tersebut bertujuan menyedut cecair kuman di bahagian kepala Aleeza melalui hidung dan juga otak.

"Dia dimasukkan ke hospital kelmarin untuk menjalani pembedahan di bahagian kepalanya.

"Suami Aleeza, Mohd Fauzi Che Rus yang menghantarnya ke hospital.

"Pembedahan tersebut bertujuan untuk menyedut cecair di bahagian hidung dan otak yang dipercayai akibat jangkitan kuman, bukan kerana mengalami pendarahan dalam otak.

"Doktor cuba memasukkan wayar melalui hidung dan otaknya untuk menyedut kuman tersebut dan sekarang dia berada di dalam keadaan stabil, boleh bercakap dan makan," katanya yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Menurutnya juga, Aleeza telah menelefonnya sehari sebelum dimasukkan ke hospital memberitahu bahawa dia (Aleeza) mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, demam dan migrain.

"Sehari sebelum dia dimasukkan ke hospital, dia ada telefon saya dia kata dia mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, demam dan migrain.

"Masa dia telefon saya itu juga, dia beritahu saya dia akan jalani pembedahan pada hari ini dan dia minta saya datang untuk teman dia di hospital," katanya.

Menurutnya lagi, keadaan Aleeza selepas sehari menjalani pembedahan tersebut agak kurang baik, namun setelah dua hari Aleeza telah menunjukkan perubahan yang baik.

"Masa selepas pembedahan tersebut, saya lihat keadaan dia tidak berapa baik begitu juga sehari selepasnya.

"Dia mengadu pada saya dia rasa sakit-sakit di bahagian muka dan kepalanya, dan kadangkala ada darah mngalir keluar dari hidungnya.

"Tetapi selepas dua hari tempoh pembedahan, dia menunjukkan perkembangan yang positif di mana dia sudah boleh bercakap dan makan makanan yang lembut seperti bubur.

"Selepas hari pembedahan tersebut, Aleeza dijaga oleh suaminya sehingga hari ini di hospital," katanya.

Menurut kenalan rapat Aleeza ini, model tinggi lampai itu dimasukkan ke hospital tanpa pengetahuan umum dan hanya dikhabarkan kepada ahli keluarga Aleeza dan rakan-rakan yang rapat sahaja.

"Memang Aleeza minta tidak dihebohkan mengenai dia dimasukkan ke hospital, dia hanya ingin ahli keluarganya dan rakan-rakan yang rapat sahaja tahu.

"Sewaktu pembedahan hari itu juga, semua ahli keluarganya hadir di hospital," ujarnya.

Katanya lagi, berkemungkinan Aleeza akan dibenarkan pulang ke rumah dalam sehari dua lagi jika terus menunjukkan perubahan positif.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan