Pamela Anderson nafi dakwaan dirinya hampir muflis

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

"Peguam saya masih lagi meneliti butiran dalam bil tersebut dan sekiranya memang benar saya perlu menjelaskan bil itu maka saya akan membayarnya... sekiranya saya tidak perlu maka saya tidak akan membayar sesen pun," - Pamela Anderson. foto-REUTERS

PAMELA Anderson menafikan dakwaan bahawa dia mungkin akan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai dan bil.

Bruder Construction telah memfailkan saman berjumlah 674,043 dolar terhadap pelakon berusia 42 tahun itu kerana gagal menjelaskan bayaran kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya di Malibu tahun lepas.

Pamela sebelum ini juga dilaporkan mempunyai hutang tunggakan berjumlah 252,360.39 untuk cukai negeri dan denda pada tahun 2007.

Bagaimanapun, bekas aktress 'Baywatch' ini menafikan semua dakwaan tersebut dan mengatakan dia tidak ada masalah untuk menjelaskan semua hutangnya. "Kedudukan kewangan saya stabil dan saya berterima kasih kepada semua orang yang tahu ini hanya khabar angin.

"Memang sekarang saya sedang bertelagah dengan sebahagian kontraktor yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah saya.

"Semuanya kerana selepas membayar berjuta dolar untuk rumah itu, saya masih lagi dikenakan caj oleh mereka," kata Pamela.

"Peguam saya masih lagi meneliti butiran dalam bil tersebut dan sekiranya memang benar saya perlu menjelaskan bil itu maka saya akan membayarnya... sekiranya saya tidak perlu maka saya tidak akan membayar sesen pun.

"Cuma apa yang saya kesal ialah sebahagian daripada kontraktor tersebut bertindak untuk membuat kenyataan tersebut kepada akhbar ketika saya ada urusan di luar negara.

"Berkenaan dengan cukai yang belum dijelaskan, kami masih dalam proses membuat kiraan tersebut dan akan menjelaskan semua hutang tersebut dalam jangka masa terdekat," katanya lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan