Janet Jackson akan pakai pakaian hitam selama setahun

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi Janet Jackson bergambar ketika tiba di Amfar gala (Pertubuhan Penyelidikan AIDS Amerika) di Milan. foto-AFP
Penyanyi Janet Jackson bergambar ketika tiba di Amfar gala (Pertubuhan Penyelidikan AIDS Amerika) di Milan. foto-AFP

JANET Jackson dilaporkan akan memakai pakaian hitam selama setahun untuk berkabung atas kematian adiknya Michael Jackson.

Ketika membuat persembahan di Anugerah Video Muzik MTV baru-baru ini, Janet turut kelihatan memakai baju hitam.

"Janet masih lagi bersedih atas kematian Michael dan dia berjanji akan memakai pakaian hitam selama setahun untuk memperingati adiknya itu," kata satu sumber yang rapat dengan keluarga Jackson.

"Dia akan terus memakai baju hitam sehingga bulan Jun tahun hadapan," kata sumber itu lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan