James Tyler: Siri drama TV popular 'Friends' akan difilemkan

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon utama drama TV popular 'Friends'. Dari kiri: Matthew Perry sebagai Chandler Bing, Courteney Cox Arquette sebagai Monica Geller, Matt LeBlanc sebagai Joey Tribbiani, Lisa Kudrow sebagai Phoebe Buffay, David Schwimmer sebagai Ross Geller, Jennifer Aniston sebagai Rachel Green. foto-REUTERS
Pelakon utama drama TV popular 'Friends'. Dari kiri: Matthew Perry sebagai Chandler Bing, Courteney Cox Arquette sebagai Monica Geller, Matt LeBlanc sebagai Joey Tribbiani, Lisa Kudrow sebagai Phoebe Buffay, David Schwimmer sebagai Ross Geller, Jennifer Aniston sebagai Rachel Green. foto-REUTERS

PELAKON utama dalam siri drama TV popular sitkom 'Friends' dilaporkan akan bersama semula kali ini untuk berlakon dalam filem yang diadaptasi daripada drama tersebut, kata aktor James Michael Tyler.

Siri drama tersebut tamat pada tahun 2004 selepas 10 musim disiarkan, sejak itu khabar angin sentiasa kedengaran bahawa kemungkinan ia akan dilanjutkan ke layar perak.

Tahun lepas, salah seorang pelakon utama, David Schwimmer, yang memegang watak 'Ross Geller' dalam drama tersebut menafikan khabar angin tersebut.

"Setahu saya setakat ini belum ada sebarang perbincangan mengenai pengambaran untuk filem itu," kata David.

Bagaimanapun, baru-baru ini James Tyler, yang memegang watak sebagai 'Gunther' mengesahkan bahawa pelakon-pelakon dalam drama tersebut sedang dalam rundingan untuk membintangi filem tersebut yang dijangka akan menemui peminat pada musim panas tahun 2011.

"Filem 'Friends' hampir sudah pasti akan dihasilkan. Saya masih lagi saling berhubung dengan pelakon-pelakon dalam drama tersebut dan mereka semua memang berminat. Saya sendiri bersedia pada bila-bila masa untuk berlakon semula," kata James.

"Saya mempunyai banyak kenangan manis daripada mula berlakon dalam drama tersebut dan rindu untuk berjumpa dengan krew yang pernah terlibat untuk menjayakan siri drama selama 10 musim itu.

"Saya harap kami akan berpeluang berlakon dan bergabung semula kali ini," katanya lagi.

Penerbit asal, David Crane dan Marta Kauffmann, dilaporkan akan menulis skrip dan juga menerbitkan filem itu.

"Ramai peminat tertunggu-tunggu untuk melihat mereka digandingkan semula," kata satu sumber.

Pelakon utam dalam siri drama TV popular itu termasuklah, Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrown, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan