Anita tetap puas beraya walau masih trauma

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anita dan suaminya, Mahathir tetap meraikan hari lebaran dengan penuh keceriaan walaupun sukar melupakan detik hitam yang berlaku kepada mereka seminggu sebelum Syawal
Anita dan suaminya, Mahathir tetap meraikan hari lebaran dengan penuh keceriaan walaupun sukar melupakan detik hitam yang berlaku kepada mereka seminggu sebelum Syawal

EPISOD hitam yang berlaku dalam dirinya apabila melihat suami tercinta, Mahathir Abdullah diserang empat penjenayah bersenjatakan parang pada 11 September lalu masih lagi terbayang-bayang di dalam fikirannya.

Sukar untuk diva tersohor, Anita Sarawak melupakan saat-saat getir melihat keadaan si suami yang berlumuran darah di kepala ketika dalam perjalanan untuk membawanya ke hospital.

Sudah dua minggu insiden itu berlaku dan akui Anita yang mesra dengan panggilan Kak Nita ini, dia masih lagi trauma dengan apa yang berlaku.

Bayangkan tatkala umat Islam lain sibuk memikirkan persiapan menjelang Hari Raya, penghibur berusia 57 tahun itu hanya mampu memikirkan keadaan suaminya.

"Alhamdulillah, keadaan Abang Mahathir sudah baik. Ini semua berkat doa keluarga, rakan-rakan dan peminat.

"Kak Nita terharu sangat begitu ramai rakan-rakan termasuklah yang sudah jarang jumpa turut menghubungi dan minta Kak Nita tabah.

"Cuma Kak Nita tidak nafikan, perasaan trauma itu masih lekat dalam diri. Semua orang akan berasa demikian jika melalui detik cemas seperti itu.

"Namun, Kak Nita bersyukur semuanya selamat dan sentiasa menganggap ini adalah satu ujian daripada Allah.

"Tetapi Kak Nita tidak nafikan, selepas insiden itu, Kak Nita bertambah lebih hati-hati berbanding dulu supaya dapat dielakkan dengan perkara seperti ini lagi," ujar Anita dalam perbualan ringkas dengannya, baru-baru ini.

Malah, menurut Anita apa yang berlaku itu juga tidak menghalang dia dan suami untuk meraikan Hari Raya dalam suasana gembira.

"Kak Nita dan suami tetap beraya macam biasa di Kuala Lumpur bersama ahli keluarga dan ibu tiri, Datin Umi Kalthum. Seperti kebiasaan, kami memang akan beraya secara sederhana saja.

"Tetapi, banyak juga 'open house' yang Kak Nita hadiri. Suasana macam ini sedikit sebanyak dapat buatkan Kak Nita lupakan seketika tentang insiden yang berlaku itu," tuturnya.

Mengimbas semula kejadian yang berlaku itu, Anita dan suaminya ketika itu baru tiba di perkarangan rumah Datin Umi Kalthum di Taman Melawati untuk menjemputnya ke majlis berbuka puasa anjuran Finas apabila empat penjenayah bersenjatakan parang cuba menyamun pemandunya.

Bagaimanapun, Mahathir yang cuba melawan penjenayah tersebut cedera di bahagian kepala setelah terkena libasan parang oleh salah seorang rakan penyamun berkenaan, sebelum mereka melarikan diri.

Mahathir dibawa ke Hospital Prince Court di Jalan Tun Razak dan menerima 10 jahitan di kepala.

Dalam pada itu, ditanya tentang aktiviti seninya selepas berakhirnya Ramadan, kata Anita, dia kembali sibuk memenuhi undangan menjayakan persembahan.

"Sepanjang bulan Ramadan lalu, memang Kak Nita kurangkan aktif dengan karier seni. Jadi, sekarang ini baru Kak Nita mula terima tawaran semula dan setakat ini, memang banyak juga undangan 'show'.

"Ada lagi beberapa perkara lain yang sedang Kak Nita uruskan. Tapi, buat masa ini, biarlah lepas satu demi satu dulu," katanya yang juga dalam proses untuk menghasilkan autobiografi sendiri.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan