Amy Mastura bagi 'lampu hijau' pada anaknya ceburi bidang lakonan

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy seronok dapat kembali di pentas teater setelah lapan tahun - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT
Amy seronok dapat kembali di pentas teater setelah lapan tahun - foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

PENGLIBATANNYA di dalam industri hiburan tanah air bukanlah baru, setelah 16 tahun menglibatkan diri dalam industri ini nama Amy Mastura Suhaimi masih lagi dikenali ramai dan dia merupakan artis yang memiliki bakat dalam pelbagai bidang.

Setelah berjaya dengan tujuh buah album di mana album ketujuhnya yang berjudul 'Happy' telah berada di pasaran sejak Mei lalu Amy yang juga giat berlakon drama dan mengacarakan beberapa rancangan televisyen kini sedang membilang hari untuk pementasan teater muzikal Gamat yang dibintanginya.

Menurut Amy yang ditemui pada sidang media teater muzikal Gamat di Istana Budaya mengatakan dia begitu teruja ketika ditawarkan berlakon di dalam teater tersebut kerana ianya merupakan teater muzikal kanak-kanak yang begitu diminatinya.

"Ketika saya mula-mula terima tawaran ini pada bulan puasa lalu, saya tidak berfikir panjang kerana pada waktu itu jadual sayapun tidak ketat dan paling utama kerana saya amat berminat untuk berlakon dalam teater muzikal kanak-kanak.

"Teater muzikal Gamat ini adalah teater kedua lakonan saya di mana saya pernah berlakon di dalam teater muzikal kanak-kanak, Siti Di Alam Fantasi lapan tahun dahulu.

"Jadi ini merupakan peluang kedua saya terlibat dalam teater dan saya sangat seronok," jelas ibu kepada dua cahaya mata ini.

Menyentuh mengenai cahaya mata, anak kedua Amy iaitu Adalia, 5, turut sama berlakon dan Amy sudah memberikan 'lampu hijau' buat anaknya itu untuk mengikuti jejak langkahnya.

"Pada mulanya Adalia hanya mengikuti saya hadir ke sesi latihan teater ini dan pada masa itu lah dia diberi peluang untuk berlakon sama di dalam teater ini.

"Adalia seorang yang pemalu jadi bila dia diberi peluang sebegini saya rasa ianya satu perkara yang baik buat dia.

"Bila saya tanya dia sama ada dia ingin berlakon atau tidak, agak lama juga masa yang dia ambil untuk mengatakan 'ya' dan saya ada jugak pujuk dia dengan memberi kata-kata semangat untuk membuatkan dia lebih bersemangat.

"Akhirnya dia bersetuju untuk berlakon dan saya tengok sekarang dia seperti sudah bersedia untuk berlakon teater dan dia lebih sanggup datang buat latihan dari pergi ke sekolah..

"Saya tidak memberi apa-apa halangan pada dia... saya benarkan anak saya berada dalam industri ini asalkan dia sentiasa gembira," jelas Amy yang ingin terus berlakon teater jika diberikan peluang.

Di dalam teater muzikal Gamat ini, Amy memegang watak sebagai ibu gamat yang memiliki sikap suka membeli belah di pasaraya sehingga mengabaikan keselamatan anak-anaknya.

"Dalam teater ini saya berlakon sebagai ibu gamat, yang suka membeli belah di pasaraya hingga mengabaikan keselamatan anak-anak.

"Ibu gamat juga memiliki kelebihan dalam mengubati setiap penyakit dan sentiasa diperlukan hidupan laut.

"Kerana itulah ada hidupan laut yang jahat cuba untuk menculik ibu gamat, namun mereka telah menculik anak gamat.

"Dari situlah bermula cerita watak saya yang ingin mendapatkan semula anak gamat," kata Amy.

Teater muzikal Gamat ini akan dipentaskan bermula 3-8 dan 11-12 Oktober ini di Istana Budaya bermula jam 8.30 malam.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai teater ini bolehlah melayari blog rasmi iaitu www.muzikalgamat.blogspot.com.

Pembelian tiket secara online boleh dilakukan dengan melayari www.ticket2u.biz.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan