Mickey Rourke mahu pengambaran filem barunya siap secepat mungkin

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mickey Rourke memegang watak seorang pembunuh upahan 'Richard Kuklinski' dalam filem yang diadaptasi daripada novel Philip Carlo yang bertajuk 'The Ice Man: Confessions of a Mafia Contract Killer.' foto-AFP
Mickey Rourke memegang watak seorang pembunuh upahan 'Richard Kuklinski' dalam filem yang diadaptasi daripada novel Philip Carlo yang bertajuk 'The Ice Man: Confessions of a Mafia Contract Killer.' foto-AFP

MICKEY Rourke mahu pengambaran filem barunya yang berkisarkan mengenai cerita kongsi gelap 'The Ice Man' disiapkan secepat mungkin kerana bimbang dengan tahap kesihatan penulis novel itu.

Dia memegang watak seorang pembunuh upahan 'Richard Kuklinski' dalam filem yang diadaptasi daripada novel Philip Carlo yang bertajuk 'The Ice Man: Confessions of a Mafia Contract Killer.'

Carlo, yang juga menerbitkan filem itu bersama-sama dengan Rourke, menghidapi penyakit Lou Gehrig's, sejenis penyakit yang boleh menyebabkan lumpuh.

Menurut Rourke, 57, apa yang dibimbanginya adalah tahap kesihatan Carlo yang semakin teruk.

"Saya harap ia akan siap sepenuhnya seperti yang dijadualkan ataupun lebih awal, tahap kesihatan Carlo sangat membimbangkan," kata Rourke.

Pengambaran filem itu dijadualkan bermula pada musim luruh tahun hadapan yang akan dibuat di beberapa lokasi seperti New York, New Jersey dan juga Florida.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan