Pamela Anderson diburu ekoran banyak berhutang

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pamela Anderson kini sedang dibelenggu hutang dan berkemungkinan boleh bankrap. - foto AP
Pamela Anderson kini sedang dibelenggu hutang dan berkemungkinan boleh bankrap. - foto AP

PAMELA Anderson kini hampir bankrap setelah dibelenggu hutang yang semakin meningkat, lapor satu sumber.

Pelakon 'Baywatch' ini sedang diburu oleh sebuah syarikat pembinaan yang telah melakukan kerja pengubahsuaian rumahnya di Malibu, California pada tahun 2008.

Bruder Construction memfailkan sebanyak USD 674,043 bagi menuntut ganti rugi bagi kos tenaga buruh, bahan-bahan mentah dan yuran subkontraktor, menurut satu sumber.

Kerajaan Amerika Syarikat juga mengatakan Pamela telah berhutang sebanyak USD 252,360 setelah tidak membayar bil cukai pendapatannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan