‘Mensyukuri Syawal’ hasil duet Meet Uncle Hussain-L. Danielle tanpa Lan

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TINGGAL KENANGAN... anggota kumpulan Meet Uncle Hussein dari kiri: Afat, Lan dan Taja.
TINGGAL KENANGAN... anggota kumpulan Meet Uncle Hussein dari kiri: Afat, Lan dan Taja.

SEHINGGA kini, band indie popular Meet Uncle Hussain atau nama singkatannya MUH masih belum menemui pengganti bekas vokalisnya, Lan.

Ditanya tentang pengganti Lan, pengurus MUH, Kimmy berkata band yang pernah mendapat gelaran Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 pada tahun ini tidak tergesa-gesa untuk mencari vokalis baru sebaliknya menumpukan kepada projek terbaru mereka.

Malah, band yang dianggotai oleh Taja dan Afat ini tidak jemu berkarya dan berusaha menghasilkan muzik yang bermakna buat peminat tersayang.

Band popular dengan lagu ‘Lagu Untukmu’ dan ‘Lalala Kerjalah’ ini kembali menghangatkan industri seni tempatan dengan lagu terbaru mereka, ‘Mensyukuri Syawal’ gandingan bersama band indie L. Danielle.

L. Danielle merupakan band yang baru mencipta nama menerusi lagu ‘Melankolia’, ‘Penjaga Abadi’ dan ‘Pergi Jauh’.

Jika ada yang perasan, lagu ‘Melankolia’ nyanyian L. Danielle ini telah siap dalam bentuk klip videonya yang menampilkan pelakon Fasha Sandha sebagai modelnya. Klip video itu boleh ditonton di laman web YouTube.

Lagu ‘Mensyukuri Syawal’ yang sedang hangat diputarkan di corong-corong radio tempatan ini sekaligus menyemarakkan Hari Raya Aidilfitri yang sedang diraikan sepanjang Syawal ini.

Semasa pertama kali mendengar lagu raya ini, penulis menyangka lagu berentak rancak ini dialunkan oleh penyanyi nasyid Nazrey Johani.

Setelah difahamkan Kimmy, barulah tahu yang lagu itu merupakan kombinasi unik antara MUH dan L. Danielle.

Kimmy juga meminta penulis memberi komen tentang lagu yang boleh ditonton menerusi YouTube itu.

Mendengar lagu berdurasi 3.24 minit itu, muziknya bernafas segar dan lirik yang memuji Tuhan memberikan kelainan dan makna tersendiri.

Nampaknya, lagu raya indie semakin mendapat tempat di hati pengiat seni di mana selain daripada lagu ‘Mensyukuri Syawal’, lagu raya hasil duet band indie Hujan bersama kumpulan nasyid Raihan iaitu ‘Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda’ turut diputarkan di corong radio.

Jika dibandingkan antara kedua-duanya, lagu ‘Mensyukuri Syawal’ dan ‘Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda’ mempunyai keistimewaan masing-masing.

Ini kerana kedua-duanya bukan sahaja menyedapkan halwa telinga malah mampu menjadi lagu pilihan selain daripada lagu-lagu raya lain.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan