Raja Farah bimbang kehilangan peminat

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Farah Raja Aziz bimbang dengan watak jahat yang dipegangnya mampu mengakibatkan peminatnya lari. - foto THE STAR oleh UU BAN
Raja Farah Raja Aziz bimbang dengan watak jahat yang dipegangnya mampu mengakibatkan peminatnya lari. - foto THE STAR oleh UU BAN

PELAKON jelita, Raja Farah Raja Aziz antara pelakon berbakat yang sering membintangi drama serta filem tempatan sehingga meningkatkan popularitinya.

Namun sepanjang bulan puasa lalu, kelibatnya langsung tidak kelihatan sehingga menimbulkan persoalan dimanakah pelakon ini berada.

Farah yang ditemui pada sesi penggambaran selebriti bersama chef pastri Hotel Istana sempena penglibatan hotel tersebut dalam The 3rd Choc Cake Championship, baru-baru ini memberitahu bahawa kehilangannya itu sebenarnya adalah kerana dia terlalu sibuk menjalani penggambaran drama terbaru lakonannya di Jakarta selama 45 hari.

"Saya tidak menghilang kemana-mana, cuma saya terlalu sibuk menjalani penggambaran drama terbaru lakonan saya iaitu 'Kau dan Aku' yang diadakan di Jakarta selama 45 hari.

"Saya bertolak ke sana dua minggu sebelum puasa, jadi sepanjang bulan puasa memang saya tiada di Malaysia dan saya tidak dapat hadiri undangan majlis berbuka puasa yang diadakan," katanya.

Namun bagi pelakon yang berusia 21 tahun ini, perkara tersebut bukanlah satu masalah, sebaliknya dia semakin bimbang dengan watak antagonis yang sentiasa diberikan terhadapnya dalam setiap drama yang dibintanginya.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa setiap kali berlakon drama saya akan pegang watak jahat, saya pernah juga tanya pengarah-pengarah drama, mereka kata bila watak jahat sahaja mereka akan fikirkan saya.

"Mungkin sebab menjadi dengan cara yang saya bawakan sebab itu saya selalu diberi watak jahat. Tapi saya risau juga jika selalu pegang watak jahat, saya risau akan kehilangan peminat saya.

"Saya pernah dengar dari peminat-peminat yang mengatakan saya gedik, mereka tengok lakonan saya jadi mungkin sebab itu mereka fikir kenyataannya bahawa saya sama seperti watak jahat yang di bawa.

"Saya tidak mahu kerana perkara tersebut saya boleh kehilangan peminat saya," jelasnya.

Bagaimanapun Farah tidak menafikan dia ingin membawakan watak baik tetapi bukan dengan niat untuk membersihkan imejnya.

"Memang saya teringin juga nak bawakan watak baik, tetapi tidaklah sampai saya buat begitu kerana nak bersihkan imej saya.

"Saya tidak kisah bawakan watak apapun, watak jahatpun bukan semua jenis watak yang saya dah bawa... kalau boleh saya nak cuba bawa watak jahat tetapi seorang yang bijak, bukan gedik, seorang yang cantik dan psiko.

"Watak baik pula saya tidak kisah jika perlu bawakan watak yang pakai tudung ke... saya tidak kisah dan saya teringin sangat nak berlakon dalam cerita yang boleh dilayan sampai menangis dan saya boleh mendalami watak saya," kata pelakon filem 'Apa Kata Hati' ini.

Menurut Farah juga jika mendapat peluang dia ingin menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi dan dia sedang berusaha untuk mengumpul wang.

"Saya berniat untuk menyambung pelajaran saya ke peringkat lebih tinggi, saya ingin belajar dalam bidang Pengarahan dan Penulisan Skrip, tetapi saya masih berusaha untuk mengumpul wang untuk menyambung pelajaran.

"Kalau boleh saya nak sambung pelajaran secepat mungkin, tetapi apa yang saya lihat duit yang saya kumpul tidak pernah cukup dan ini melambatkan sedikit niat saya untuk menyambung pelajaran.

"Mungkin kerana saya agak suka berbelanja, tetapi bukanlah berbelanja benda yang bukan-bukan, saya suka belikan macam-macam untuk keluarga saya.

"Jika ada peluang nanti saya akan sambung pelajaran saya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan