Intan Ladyana: Kamal tidak romantik!

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Intan Ladyana tidak mahu memberi komen lanjut mengenai hubungannya bersama Kamal Adli. - foto THE STAR oleh UU BAN
Intan Ladyana tidak mahu memberi komen lanjut mengenai hubungannya bersama Kamal Adli. - foto THE STAR oleh UU BAN

GOSIP percintaan antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli mungkin telah diketahui umum, namun sehingga kini kedua-duanya masih gemar menyembunyikan tentang status sebenar hubungan antara mereka.

Berpeluang bertemu Intan pada sesi penggambaran selebriti bersama chef pastri Hotel Istana sempena The 3rd Choc Cake Championship, baru-baru ini, soalan tentang hubungan mereka sengaja diajukan lagi.

Namun, seperti biasa, Intan lebih selesa mengatakan dia dan Kamal masih lagi di dalam proses mengenali antara satu sama lain.

"Kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain di mana saya memilih untuk lebih mengenali dia terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang lebih jauh.

"Buat masa ini, dia (Kamal) baik sahaja, senang untuk berkomunikasi dengan dia kerana masing-masing terlibat dalam bidang yang sama dan dia memahami saya.

"Apa yang boleh saya katakan di sini kedua-dua kami masih lagi dalam peringkat untuk mengenali hati budi masing-masing," kata Intan.

Intan dan Kamal menjadi rapat setelah masing-masing berlakon di dalam drama bersiri Bio-Nik keluaran KRU Studios dan sejak beberapa bulan lalu mereka mula mengenali hati budi masing-masing.

"Kamal seorang yang gila-gila, tetapi dia tidak romantik dan saya tidak menghadapi sebarang masalah ketika bersama dia.

"Tetapi saya tidak meletakkan sebarang had waktu untuk kami terus mengenali kerana setiap hari ada perubahan yang berlaku dan kita belum tentu tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan," jelasnya.

Intan juga mengatakan dia kini semakin berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukannya kerana tidak mahu menghadapi sebarang masalah yang akan menganggunya dan dia juga tidak mahu memberi komen lebih tentang hubungannya dengan Kamal Adli.

"Sekarang saya lebih berhati-hati dalam setiap apa yang saya lakukan, saya berhati-hati dalam berkata-kata, perbuatan, hubugan cinta dan pelbagai lagi.

"Mengenai hubungan saya dan Kamal, saya tidak berani untuk komen lebih, kerana saya tidak target apa-apa... kalau ada jodoh kami, ada... kalau tidak ada, jadi tidak adalah jodoh kami.

"Tetapi sekarang ini, alhamdulillah saya gembira berkawan dengan Kamal," kata pelakon jelita ini menutup persoalan yang diajukan.

Ditanya mengenai sambutan hari raya, Intan mengatakan dia hanya pulang beraya ke kampung ibunya di Kedah dan tidak ke Bangkok kerana bimbang dengan masalah virus H1N1 yang masih menular.

"Kebiasaannya bila raya saya akan ke Bangkok kerana ibu saya berasal dari sana, tetapi kerana virus H1N1 masih belum berkurangan, jadi saya hanya beraya di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah sahaja.

"Saya memang agak rapat dengan keluarga sebelah ibu saya berbanding keluarga sebelah ayah saya di Taiping, Perak," jelas Intan.

Selepas ini juga Intan akan mula sibuk dengan penggambaran drama 'Mama Murai' yang akan disiarkan di Astro Warna, 'Jangan Pandang Belakang The Series' dan 'Kasihku is Setan' yang akan disiarkan di Astro Ria.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan