Azwan doa depan Kaabah mohon Allah ampunkan dosa musuh

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azwan Ali bergambar kenangan ketika mengerjakan umrah pada 7 hingga 24 September lalu. - foto ehsan AZWAN ALI
Azwan Ali bergambar kenangan ketika mengerjakan umrah pada 7 hingga 24 September lalu. - foto ehsan AZWAN ALI

PENGACARA popular, Azwan Ali memang sudah sinonim dengan mulut 'laser' setiap kali berbicara. Malah dia juga sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang membuatkan dirinya sentiasa dipandang negatif oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, Azwan yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah mengakui, dia dapat merasakan perubahan terhadap dirinya dan seboleh mungkin, dia tidak lagi mahu ada pihak yang ingin menyamakan Azwan Ali yang dahulu dan sekarang.

"Alhamdulillah, setelah saya selamat mengerjakan umrah, saya dapat rasakan ada perubahan pada diri saya dan moga-moga ini adalah Azwan Ali yang baru.

"Saya juga berharap supaya masyarakat dan juga orang-orang industri hiburan tidak lagi menyamakan Azwan Ali yang dahulu dan sekarang.

"Inya-Allah, saya berharap selepas ini jika masih ada pihak yang ingin memfitnah atau gosipkan saya, saya akan maafkan mereka awal-awal... malah saya akan terima dengan senyuman dan redha sahaja," kata Azwan ketika dihubungi mStar Online.

Kata Azwan lagi, dia amat bersyukur ketika berada di hadapan Kaabah, dia dapat menyebut nama-nama musuhnya dengan jelas dan berulang kali.

"Saya bersyukur sangat apabila nama-nama yang saya anggap musuh saya, iaitu 10 orang wartawan yang pernah saya maki-hamun, saya dapat sebut dengan terang dan jelas berulang kali di hadapan Kaabah.

"Tapi tujuan saya sebut nama mereka bukanlah nak minta Tuhan turunkan bala kepada mereka. Sebaliknya saya minta Tuhan ampunkan dosa saya dan juga dosa mereka.

"Saya pun bukanlah nak bermusuh selama-lamanya, jadi dengan cara ini saya minta Tuhan boleh beri petunjuk kepada kami," jelasnya.

Ditanya mengenai pengalamannya ketika mengerjakan umrah pada 7 September sehingga 24 September lalu, Azwan mengatakan ia adalah satu perjalanan yang mengasyikkan dan satu nikmat yang tidak terhingga buat dirinya.

"Saya telah berada di sana selama 18 hari 16 malam, di mana lima hari saya berada di Madinah dan selebihnya di Kota Mekah.

"Saya merasa nikmat sangat kerana tidak ada berlaku sebarang musibah terhadap diri saya walaupun saya sering dicop dengan pelbagai gosip liar.

"Tetapi apabila saya sampai di sana saya rasa semua yang positif terhadap diri saya dan saya yakin semua itu adalah rezeki dari Allah s.w.t terhadap Azwan Ali," kata Azwan.

Menurut Azwan juga kejayaannya mengerjakan umrah adalah di atas berkat doa peminat-peminatnya dan juga rakan-rakan artis yang sering menyokongnya.

"Saya telah mendapat banyak doa restu dari ribuan peminat saya dan juga rakan-rakan artis yang sentiasa menyokong saya.

"Saya berterima kasih sangat kepada Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Amy Search, dan Rosyam Nor kerana banyak menyokong dan mendoakan saya.

"Saya tidak sangka walaupun saya dilanda dengan pelbagai kontroversi, tetapi masih ramai yang sayangkan saya," jelasnya.

Alami kejadian unik semasa umrah

Azwan turut menceritakan pengalaman yang dianggap unik baginya ketika mengerjakan umrah di mana dia telah dikelilingi rama-rama ketika sedang solat berjemaah.

"Di sana saya banyak mengalami kejadian yang unik di mana rama-rama Kaabah terbang keliling saya dan yang paling menyentuh hati saya pada pagi Syawal, ketika sedang sembahyang raya dengan para jemaah yang lain, rama-rama tersebut telah hinggap di dahi saya selama satu jam setengah.

"Saya amat tersentuh pada waktu itu dan saya anggap itu adalah nikmat dari Allah s.w.t untuk diri saya.

"Ketika saya bersama rombongan yang lain melawat sebuah bukit yang diberi nama Bukit Magnet di Madinah juga kami dapat lihat satu lagi nikmat Tuhan yang orang lain tidak dapat lihat.

"Saya jadi kagum, dengan kuasa Allah, bas yang kami naiki tersebut boleh berjalan 140 km sejam tanpa dihidupkan enjinnya.

"Ketika kami berhenti untuk mengambil gambar di sekitar bukit tersebut, kami dapat lihat bas yang kami naiki bergerak sendiri seperti ditarik dan ditolak sedangkan tiada sesiapa yang melakukannya," jelas Azwan yang menganggap semua itu adalah keajaiban kuasa Allah s.w.t.

Pengalaman mendebarkan di Masjid Nabawi

Selain mengalami kejadian unik, Azwan turut mengalami kejadian yang mendebarkan dan menginsafkan dirinya ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

"Ketika berada di Masjib Nabawi, saya bersama dua orang lagi rakan ingin mengerjakan solat Zohor di satu kawasan yang bernama Raudhah di masjid ini.

"Raudhah merupakan satu kawasan yang sempit di mana ramai jemaah lain berebut-rebut untuk mengerjakan solat di kawasan ini.

"Pada ketika itulah saya mengalami satu pengalaman yang mendebarkan di mana saya terlah terpisah dengan dua orang rakan saya dan saya tersepit dan dihimpit oleh para jemaah yang lain.

"Saya telah dihimpit oleh jemaah yang badannya lebih besar dari saya dan ketika itu saya hanya fikirkan ajal sahaja.

"Selama 10 minit saya bertolak-tolak dalam rempuhan itu dan saya hanya tawakal sahaja, akhirnya saya selamat dan berjaya mengerjakan solat Zohor di Raudhah.

"Pengalaman itu banyak menginsafkan saya bahawa ajal boleh berlaku di mana sahaja dan biarpun saya berjaya selamat tetapi saya tahu itu adalah satu dugaan dari Tuhan," kata Azwan ketika menceritakan pengalamannya.

Azwan yang kini pastinya gembira setelah selamat mengerjakan umrah juga tidak sabar untuk menyaksikan telemovie muzikal komedi terbitannya 'Cak Cak Raya 2009, Dodol Si Dol Dol' yang akan disiarkan pada 27 September ini pada jam 9 malam di saluran Astro Ria.

"Kepada peminat-peminat saya, boleh menyaksikan rancangan 'Cak Cak Raya 2009, Dodol Si Dol Dol' pada 27 September ini dan rancangan ini sebenarnya satu hadiah buat saya selepas mengerjakan umrah.

"Kebiasaannya, ranacngan saya akan ditayangkan pada awal raya, tetapi kali ini menjadi penutup pula, jadi saya anggap ia macam satu bonus bagi saya.

"Saya harap ratingnya akan tetap tinggi dan ketika di sana (umrah) saya juga banyak berdoa agar rating rancangan saya sentiasa tinggi," katanya mengakhiri perbualan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan