Nubhan teringat kenangan bersama ayah ketika beraya

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nubhan akan muncul dengan album solonya pada bulan November atau Disember nanti. - foto THE STAR oleh RAYMOND OOI
Nubhan akan muncul dengan album solonya pada bulan November atau Disember nanti. - foto THE STAR oleh RAYMOND OOI

DALAM kita bergembira menyambut hari raya pasti ada yang berduka. Setiap insan pasti akan mempunyai satu kenangan yang pahit untuk dilalui tanpa insan yang tersayang tambah-tambah lagi di hari raya.

Selepas pemergian ayahanda tercinta Ahamad Abdul Rahman, 67, yang meninggal dunia malam Rabu (7 Januari 2009) kerana serangan sakit jantung, Ahmad Nubhan Ahamad, 22, atau Nubhan masih teringatkan berbagai kenangan beraya bersama ayahnya biarpun lebaran sudah berlalu.

"Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya tanpa arwah ayah, jadi saya tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya.

"Berbagai kenangan kami lalui bersama ketika menyambut hari raya... ayahlah orang yang paling bertanggungjawab bila tiba bulan puasa dan hari raya.

"Kalau bab persiapan, semua kami serahkan pada ayah, dia yang akan mengemas rumah, beli baju raya kami semua, kalau dia rajin dia akan bakar lemang sendiri.

"Semua akan dilakukan oleh ayah, mak hanya berehat sahaja. Tetapi tahun ini semuanya saya lakukan bersama dengan mak, abang ipar saya, saudara mara semua turut membantu," jelas Nubhan yang ditemui ketika menjayakan kempen jom balik kampung anjuran SuriaFm dan Munchy's di stesyen KTMB Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nubhan juga sudah memiliki pengurus baru iaitu Fauzi Abdul Samad. Fauzi telah menggantikan tempat Vernon Kedit-Jolly yang menguruskan Nubhan sebelum ini.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada pengurus baru, nama dia Fauzi Abdul Samad dan kami panggil dia Poji.

"Dia baru menjadi pengurus saya dalam tempoh dua bulan dan apa yang saya lihat dia sangat bagus dalam menjalankan tugasnya.

"Mungkin cara dia dan Vernon berlainan, tetapi saya percaya mereka masing-masing mempunyai objektif yang sama di dalam industri hiburan tanah air kita," jelas Nubhan.

Nubhan yang beraya di kampungnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mengatakan dia akan mencari pelung untuk beraya bersama teman-teman lamanya di kampung kerana pada tahun lepas dia tidak sempat untuk beraya dengan mereka.

"Saya akan cuba untuk mencuri sedikit masa beraya dengan kawan-kawan lama saya... tahun lepas saya langsung tidak jumpa mereka sampai ada yang merajuk dengan saya.

"Tahun lepas tahun pertama saya beraya sebagai seorang artis, jadi rumah sentiasa penuh dikunjungi para peminat sampai saya tidak boleh hendak kemana-mana.

"Jadi tahun ini saya akan cuba dapatkan peluang untuk beraya dengan kawan-kawan, supaya mereka tidak merajuk lagi dengan saya," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Ada Untukmu' ini juga akan mengeluarkan sebuah album solonya yang dijangka akan dikeluarkan pada November atau Disember tahun ini.

"Insya-Allah album saya akan dikeluarkan pada November atau Disember nanti sebab sekarangpun masih lagi dalam proses rakaman.

"Album ini akan memuatkan 10 buah lagu, tetapi tajuknya masih belum diputuskan lagi dan album ini bergenre pop rock dan balada.

"Kesemua komposer yang mencipta lagu untuk saya dalam album ini juga handal-handal seperti Sharon Paul, Audi Mok, Tam Spider dan ramai lagi," jelas Nubhan yang juga merupakan artis yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia musim keenam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan