Julfekar: Fara yang perlu minta maaf dengan saya!

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farawahida dikatakan tampil dengan 4 buah album audio dan juga 2 VCD karaoke; album ‘Farawahida’, ‘Tanpamu’, ‘Semuanya Ada Di Sini’ dan ‘Farawahida 2009’ dalam lima tahun.
Farawahida dikatakan tampil dengan 4 buah album audio dan juga 2 VCD karaoke; album ‘Farawahida’, ‘Tanpamu’, ‘Semuanya Ada Di Sini’ dan ‘Farawahida 2009’ dalam lima tahun.

BEKAS pengurus Farawahida, Julfekar bangkit mengeluarkan kenyataan balas terhadap penyanyi yang belum tamat kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB).

Itupun setelah gadis yang sebelum ini digosipkan bercinta dengannya itu banyak mengeluarkan kenyataan sejak kembali muncul dalam industri seni tempatan menerusi rakaman program raya Wanita Hari Ini (WHI) dan Nona terbitan TV3 setelah menyepi hampir dua bulan akibat kemelut yang melanda dirinya dan Julfekar.

Berikut adalah kenyataan dan luahan jujur daripada Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 45 yang dihantar melalui emel.

Namun, kenyataan balas ini bukan bermakna dia hendak mengaibkan Farawahida sebaliknya ingin menidakkan apa yang diperkatakan dan berniat memberitahu perkara sebenar.

“Saya amat terkilan dengan sikapnya masih terus membuat kenyataan-kenyataan di media massa, menghebahkan perkara-perkara yang berbaur fitnah.

“Saya pun ada maruah, saya tak mahu maruah saya diperlakukan seperti ini. Selama ini saya begitu baik dengan sesiapa pun, saya tak pernah mengganggu orang atau memburukan orang lain.

“Apa lagi dengan Fara, saya telah melakukan segala-gala yang terbaik buat kerjaya seni Fara demi menaikkan Fara, tapi ini akhirnya…? Dalam puasaku, aku luahkan ini…..

“Fara kata dah muhasabah diri, tapi kenapa masih hendak mengaibkan orang. Kalau pun dia ingin mencari publisiti kerana takut atas kejatuhan dirinya sendiri yang dia buat sendiri, tak perlulah dengan cara keji mengaibkan orang lain. Saya mengaggap dia seorang yang lupa daratan dan tidak tahu berterima kasih seperti kacang lupakan kulit. Selama 7 tahun saya berusaha tanpa putus asa mengasah bakatnya dan menaikkan dia sampai ke tahap sekarang, tapi sekarang apa yang dia balas?

“Saya masih ingat lagi kepayahan saya. Oleh kerana dia teringin sangat menjadi artis rakaman dan ingin memenuhi impian keluarganya, saya sanggup berulang-alik ke Taiping demi mengasah dan mengajar Fara menyanyi.

“Ketika itu, kalau saya tak pergi ke Taiping, dia yang akan datang dan tinggal di hotel yang saya sewakan, begitulah selama 2 tahun dari tahun 2003-2004 saya bersusah payah, lagi pun hubungan saya dengan dia pada saat itu dah terjalin. Selepas keputusan SPM, dia meminta agar dibuatkan album walaupun saya dah nasihatkan dia agar sambung belajar, tapi dia teruja sangat jadi artis rakaman.

“Sebenarnya jika diperhatikan dari pencapaiannya di dalam semua pertandingan nyanyian yang disertai sebelum menjadi artis Millennium Art, ia ternyata memperlihatkan kemampuan sebenarnya yang tidak sehebat mana. Dia selalu tidak mencapai kedudukan yang baik, sekadar menjadi finalis.

“Setelah menjadi artis di bawah syarikat saya dia berjaya mendapat Anugerah Baru Wanita Popular ABPBH 2007, Juara Etnik Kreatif AJL23, dan turut muncul di beberapa acara yang berprestij.

“Semua ini tidak berlaku secara mendadak dan mudah. Ini menuntut pengorbanan yang besar dari segi kewangan, masa, perancangan serta strategi promosi yang mantap.

“Saya telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan penerbitan album yang berkualiti, strategi promosi yang berkesan, kelas vokal untuk meningkatkan mutu nyanyian dan juga perbelanjaan untuk sara hidup dan penampilannya agar tampil segar dan menarik.

“Jika dibandingkan dengan artis muda yang seangkatan dengannya nasib dia adalah tak seburuk mana malah dia dapat hidup selesa dan menyara seluruh ahli keluarganya. Dalam tempoh 5 tahun, dia telah tampil dengan 4 buah album audio dan juga 2 VCD karaoke; album ‘Farawahida’, ‘Tanpamu’, ‘Semuanya Ada Di Sini’ dan ‘Farawahida 2009’.

“Bayangkanlah nasib artis lain yang dalam tempoh 5 tahun tanpa sebarang album mahupun hanya sekadar 1 atau 2 album, jadi belajarlah bersyukur, berterima kasih dan mengenang budi. Jika dilihat terdapat penyanyi baru yang menjadi ‘Top Three’ dalam beberapa pertandingan pun tidak memiliki album sebanyaknya tapi masih tahu berterima kasih dan tidak mengambil tindakan memburuk-burukkan pihak syarikat rakaman mahupun pengurusan.

“Persoalan berlegar-legar di minda saya ialah jika dia benar-benar yang berhati luhur dan mulia mengapakah dia meneruskan dengan rakaman album terbaru yang bermula di Indonesia pada ogos 2008 yang lepas sedangkan dalam diam dia sudah berhasrat untuk keluar dari syarikat ini walaupun dasarnya kontraknya masih ada sehingga 19.10.2010. Bukankah ini dengan niat untuk membawa kerugian besar kepada syarikat yang telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk penerbitan album terbarunya,” luah komposer ini dalam emel yang dihantar.

Tambah Julfekar, “Dalam kontrak dah dipaparkan dengan jelas, Kontrak Fara ditandatangani pada 19 Februari 2004 (5 thn + 1 thn), jadi kontrak 5 thn Farawahida hanya tamat pada 19 Februari 2009, sebenarnya Fara masih lagi mempunyai ‘option’ atau pilihan 1 tahun yang menjadi hak syarikat untuk menyambung kontraknya selama setahun lagi tanpa notis.

“Hakikatnya, kontrak Farawahida akan tamat pada 19 Februari 2010. Tapi nampaknya Fara masih menggembar-gemburkan cerita bohong, oleh itu biarlah mahkamah nanti yang akan menentukan siapa yang betul, tak perlulah menyalak sana-sini yang solah-olah meraih simpati murahan. Yang benar tetap akan benar. Saya nak dia bersabar, lawyer dah failkan di mahkamah pun. Kita akan jumpa di mahkamah selepas Hari Raya.

“Kononnya setelah dia tak bersama dengan saya barulah dia memiliki duit titik peluh di depan mata.

“Dakwaan seperti ini adalah keterlaluan dan tak berasas. Tengok saja apa yang ada pada diri dia selama ini, hidup mewah.

“Tempat tinggal yang selesa dan mewah, siap 3 aircond lagi, pakaian bertimbun, kasutnya beratus pasang, aksesori dan sebagainya malah rumah di Taiping yang dulu ala-ala je dah cantik, siap marmar lagi, perabot dan macam-macam lagi.

“Dia jangan tak akui, selama beberapa tahun ini, setiap tahun siapa yang selalu belikan baju raya pada dia malah family dia termasuklah juga isi rumah di rumahnya. Allah maha mengetahui.

“Dia perlu tahu juga dari tahun 2003 - 2006 (empat tahun), ketika itu Fara tiada wang dan masih belum ada pendapatan sendiri, oleh itu pihak pengurusan terpaksa menanggung semua kos sara hidup dia termasuk sewa rumah, belanja dapur, beli pakaian, bil-bil dan sebaginya. Dalam perjanjian, Fara perlu membayar balik kepada pihak pengurusan, ditolak melalui hasil hasil dari show dan royaltinya kelak,” katanya lagi.

Farawahida berhutang duit rumah sewa RM17,400

Julfekar juga membongkar satu lagi masalah Farawahida dengan syarikatnya dan diminta membayar balik sebanyak RM17,400 selepas ‘lari’ dari rumah sewanya di Wangsa Maju.

“Farawahida telah gagal melunaskan sewa rumah selama 12 bulan sebanyak RM 14,400. Fara main blah macam tu je, Syarikat terpaksa menanggung kos tersebut.

“Bukan itu saja bilik air dan tandas rumah telah dirosakkan, menyebabkan membayar gantirugi hamper RM 3,000. Jadi di sini pihak syarikat minta Farawahida membayar balik sebanyak RM 17,400 kepada pihak syarikat kerana pihak syarikat telah membayar dulu bagi pihaknya.

“Sebenarnya kontrak rumah tersebut adalah (1 tahun + 1 tahun), oleh itu penyewa dimestikan tinggal di rumah tersebut selama dua tahun. Tidak boleh membatalkan kontrak kurang dari dua tahun,” ujarnya mengenai rumah jenis apartmen yang diduduki sejak hujung tahun 2007 sampai pertengahan 2009 itu.

Dalam kenyataannya juga, bapa saudara kepada penyanyi Azharina Azhar ini juga memaklumkan yang kontrak Farawahida dengan MASB masih belum tamat lagi.

“Kontrak dia dengan Millennium Art belum tamat lagi, jadi Fara tidak boleh merakamkan lagu album dengan sesiapa pun mahupun dia buat sendiri.

“Fara tidak boleh membuat sebarang urusan dengan sesiapa pun berkaitan acara, show, penampilan atau yang berkaitan, tanpa melalui pihak pengurusan.

“Fara juga tidak boleh menggunakan khidmat orang lain atau syarikat selain Millennium Art. Kalau dia nak buat juga, dia perlu melunaskan saman yang dikemukakan.

Walaubagaimanapun, Julfekar telah memfailkan saman ganti rugi sebanyak RM436,700 terhadap Farawahida pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan kos-kos kerugian berikut yang telah ditanggung oleh pihak syarikat dalam menerbitkan album terbarunya ‘Farawahida ‘09’ ini.

Butiran kos termasuk kos pembikinan album terbaru untuk edaran Indonesia dan edaran Malaysia (7 lagu), kos pembikinan Video Klip, tiket Penerbangan, Makan/Minum & penginapan, sesi fotografi cover album (wardrobe dll), bayaran kepada pengurusan yang dilantik untuk tujuan aktiviti dan promosi di Indonesia, pencetakan CD album ‘Farawahida’ di Indonesia, kos-kos promosi untuk album ‘Farawahida’ di Indonesia dan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh syarikat dalam mengurus, menerbitkan album dan menaikkan Farawahida.

Sebelum ini pun, Farawahida telah menafikan yang dia tidak pernah bercinta dengan Julfekar lantas ingin menyaman malu terhadap lelaki itu apabila mahu bertindak menyebarkan rakaman seks mereka berdua.

Julfekar sekali lagi melampiaskan rasa kecewanya dengan kenyataan Farawahida itu lalu menganggap ‘bekas kekasihnya’ itu sudah mempunyai kekasih baru.

“Kalau Fara dah ada yang baru pun, tak perlulah mengaibkan saya demi berlagak suci padanya. Apa yang dimalukan kalau dah ‘bekas’ pun? Kalau betul-betul dia mencintai Fara, dia patut menerima Fara seadanya.

“Sebenarnya saya pun dah terima yang dia itu bukan kepunyaan saya lagi, tapi janganlah memburukkan saya kerana nak beritahu si dia tu bahawa Fara ni suci bersih bak embun. Fara boleh menipu masyarakat tapi dia tak boleh menipu Allah, Allah maha mengetahui, Allah akan membalas setimpal dengan perbuatan kita. Bertaubatlah sebenar-benar taubat, Insya-Allah, Allah selalu menerima taubat hambanya. Berhentilah membuat perkara yang mungkar.

“Memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah, diminta dia tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar yang boleh mengganggu proses pengadilan. Apa yang seharusnya dilakukan sekarang, kita jumpa di mahkamah dan menunggu keputusan mahkamah bagi mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah,” akhirinya yang sedang menunggu panggilan daripada mahkamah.

‘Fara perlu minta maaf dengan saya!’

Julfekar sempat mengulas tentang kenyataan Farawahida yang bersedia untuk memaafkannya seperti yang dilaporkan dalam mStar Online sebelum ini.

“Pasal maaf, dia harus minta maaf dengan saya berdasarkan penipuan dan yang dia aibkan saya. Sepatutnya dia yang perlu minta maaf dan bukannya saya yang minta maaf dengan dia,” katanya yang mahukan Farawahida memohon maaf mengikut jawapan daripada penceramah semasa topik berkaitan kemaafan dalam program WHI.

“Pertama, dia harus minta maaf dengan berjumpa orang itu. Kedua, kalau orang itu tak maafkan, dia perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga orang itu maafkan. Ketiga, kalau orang tu dah meninggal dia perlu berjumpa dengan keluarganya. Keempat, kalau kita menghina dan mengaibkan orang itu, kita perlu meminta maaf dengan ikhlas atas kesalahan yang kita lakukan,” tutur Julfekar panjang lebar.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan