Christina Aguilera dedah bapanya yang suka maki-hamun

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Christina Aguilera beraksi di
Christina Aguilera beraksi di "An Evening with Women: Celebrating Art, Music and Equality," di Beverly Hills, California pada 24 April 2009. -Foto AP

PENYANYI Christina Aguilera mendedahkan bagaimana kehidupan ibu, adiknya, Rachel dan dirinya sendiri begitu sukar dan perit ekoran bapanya yang suka maki-hamun.

Dalam satu dokumentari, Aguilera memberitahu dia mengatasi episod hitam yang dilaluinya pada zaman kanak-kanak menerusi muzik.

"Saya saksikan banyak perkara yang kurang menyenangkan - banyak pertengkaran, pergaduhan dan tolak-menolak. Apabila besar, saya tidak berasa selamat," media memetik Aguilera sebagai berkata.

"Berasa tidak berdaya ialah perasaan paling teruk dalam dunia. Justeru, saya memilih menyanyi sebagai 'terapi' saya. Minat saya dalam muzik terbit daripada keadaan teruk di rumah," tambahnya.

Ibu Aguilera, Shelly mengingati satu insiden menakutkan apabila mendapati Aguilera yang berusia empat tahun ketika itu berdarah di dagunya selepas ditampar oleh bapanya.

Shelly berkata: "Saya mendukungnya dan menanyanya,"Oh Tuhanku. Apa sudah jadi? Dia berkata, "Ayah ingin tidur sekejap dan saya membuat bising." "

Akhirnya, Shelly melarikan diri daripada suaminya bersama-sama anak-anak perempuannya dan tinggal di rumah ibunya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan