Chef Wan jadi mandor di 'open house' Sg. Koyan!

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Chef Wan tidak menang tangan melayan tetamu di rumah terbuka keluarganya di Sg. Koyan.
Chef Wan tidak menang tangan melayan tetamu di rumah terbuka keluarganya di Sg. Koyan.

SEMACAM satu kemestian bagi personaliti terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 52, untuk mengadakan rumah terbuka.

Bagi tukang masak tersohor ini, 'Open House' adalah satu cara untuk menghargai peminat-peminatnya yang senantiasa memberikan sokongan kepada kariernya.

'Open House' juga macam satu acara keluarga Wan. Hampir semua anggota keluarga akan berkumpul di Sg. Koyan, Raub," kata Chef yang peramah ini ketika ditemubual baru-baru ini.

Tambahan pula kini sudah ada tiga personaliti terkenal dalam keluarga, Chef Wan, Serina dan anak bujangnya, Chef Nadzri.

Tahun ini, tiga hari sebelum raya, Wan dan 42 ahli keluarganya telah berkumpul di rumah mewah Ala Villa di Felda Sg. Koyan.

"Tahun ini, ianya terasa lebih meriah dengan kehadiran bakal menantu termasuk abang dan adiknya dari London yang datang beberapa hari sebelum raya.

"Semua kena tidur berseleraklah kecuali bakal menantu saya. Dalam pada sibuk-sibuk dan kecoh membuat persiapan raya dapat juga saya berkenalan dengan bakal menantu dan keluarganya," jelas Wan.

Bakal menantu Wan ialah Gavin, seorang pemuda Inggeris kacukan berusia 32 tahun.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sampai juga hajat Wan nak bagi makan orang-orang kampung Wan kat Felda Sg. Koyan.Malam Raya tu, Wan dah kerahkan anak-anak buat persiapan bahan kuzi kambing, nasi bukhari udang, nasi pilaf limau Iran, ayam pencok yang memang kena siap awal-awal.

"Bahagian nasi saja yang kita buat lepas subuh.. kita masak ayam 60 ekor, 2 periuk paling besar sekali untuk 2,000 tetamu."

"Tiap-tiap tahun Wan lah jadi 'mandor'... Serina incharge setting up semua meja, pinggan mangkuk. Dia dah expert setelah pengalaman 20 tahun menjamu orang-orang Felda ini, kita dah faham sangat.

"Tahun ini kita hias dining room pun lain sikit. Kita guna semua barang-barang antik, dulang-dulang tembaga saya beli dari Myanmar baru-baru ini.

"12 bekas untuk letak segala lemang, ketupat, pulut palas yang mana semua Wan order dari orang Felda.. Tiap-tiap tahun, Wan belanja hampir RM7000 untuk jamu orang makan," kata Wan yang terkenal dengan sifat dermawannya.

"Suasana dah macam kat hotel... ada mee rebus, laksa nyonya Wan yang masak, mee rebus 'my sister in law' dan team Mak Wan. 3 dari adik-adik Wan dah siap semua bahan-bahan masak yang dimesin dari rumah, jadi sampai kat sini lebur sahaja. garage, tempat letak kereta kita tukar jadi seating area untuk muatkan 100 kanak-kanak.

"Ada lapan dapur gas supaya tiap-tiap keluarga boleh buat 'spesialiti' masing-masing yang mereka nak tayanglah.... Kek saja, 2 pembantu Wan dah bakar 70 biji," kata Wan yang tidak menang tangan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

Kata Wan lagi, sebagai 'Iron Chef yang World', dua orang anaknya, Serina dan Chef Nadzri tidak berani nak 'challenge' dia di dapur.

"Bila mereka masak saya baru nak celup jari saya nak rasa saja, dua-dua dah menggigil habis! Lagi pun kita yang makan garam dahulu...," kata Wan sempat berjenaka melihat telatah kedua-dua permata hatinya itu di dapur.

Jelasnya, sambutan raya cukup meriah. Tahun ini, Chef Nadzri yang jadi tumpuan.

"Bukan main ramai peminat Nadzri. Sekarang pula dah jadi selebriti ramai sungguh peminat.

"Anak-anak dara muda entah mana lah datangnya. Saya ni dah tentulah makcik-makcik punya 'favourite' kan.. Letih sungguh bergambar-gambar la. Rasanya macam satu gugusan Felda Sg. Koyan satu tu yang datang.

"Agaknya sampai tiga rancangan yang beribu tu yang datang. Wan sendiri tak sempat ambil gambar-gambar mereka. Adalah gambar-gambar orang tengah kepenatan," katanya yang begitu puas hati dengan sambutan rumah terbukanya pada Hari Raya pertama.

"Pada Hari Raya ketiga, belum pun habis penat lelah mengemas, Wan terpaksa berlepas ke Singapura untuk menghadiri "Asia on the Edge Food, Culture, Fashion and Performing Arts Festival" yang diadakan sempena acara Formula One," ujarnya.

Wan akan berada di kota singa itu selama lima hari.

Walaupun penat, ternyata Wan cukup puas hati melayan peminat.

"Penat memanglah penat tapi perkara baik kalau dah tergerak hati, kita perlu lakukan. Setiap apa yang Wan dapat, bukan untuk Wan seorang.

"Rezeki Tuhan yang bagi untuk dikongsi bersama. Baru datang nikmat dan keberkatan. Mak Wan selalu pesan jangan sesekali lupa orang-orang susah.

"Syukurlah Wan diberi rezeki lebih untuk dikongsi bersama. Wan tidak pernah lupa kebesaran Allah meletak Wan di tempat sekarang. Masa ada ni, eloklah berkongsi. Kalau Allah nak tarik segala rezeki sekelip mata saja," kata Chef yang awet muda ini walaupun usia sudah menjangkau 52 tahun.

"Wan selalu pesan dengan anak-anak, amalan-amalan baik seperti bagi makan orang susah mesti diteruskan. Kita jangan lupa asal usul kita . Wan tak pernah lupa hidup Wan sekeluarga susah dulu.

"This is 'pay back time'. Sejauh mana kita pergi, kita akan balik ke asal kita... ," kata Wan yang mempunyai beberapa impian dan projek khas untuk membantu golongan miskin dan kurang upaya.

Semua projek-projek ini akan dilaksanakan pada tahun depan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan