Larry King disaman lebih 50,000 dolar kerana kemalangan jalan raya

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Personaliti televisyen, Larry King menghadiri tayangan perdana filem
Personaliti televisyen, Larry King menghadiri tayangan perdana filem "Capitalism: A Love Story," di The Academy of Motion Picture Arts and Sciences di Beverly Hills, California pada 15 September 2009. -Foto AFP

PENGACARA rancangan televisyen Larry King telah disaman lebih 50,000 dolar kerana kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun lalu.

Dua pemandu yang enggan dikenali itu berkata kemalangan tersebut telah menyebabkan mereka cedera parah.

Bagaimanapun, isteri King, Shawn menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada satu pembohongan dan merupakan satu rancangan jahat untuk mengaut duit daripada status selebriti King.

"Ini adalah satu tuntutan mahkamah yang semberono dan palsu. Kedua-dua buah kereta tidak mengalami sebarang kerosakan. Pemandu kami mempunyai rekod pemanduan yang baik dan sangat bertanggungjawab.

"Selepas kemalangan itu, mereka masih keluar dari keluar dan menyatakan mereka adalah okey," media memetik Shawn sebagai berkata.

"Pemandu kami pun memeriksa keadaan mereka sama ada okey ataupun tidak. Kami mempunyai saksi untuk mengesahkannya. Mereka bertukar-tukar maklumat insuran.

"Namun, selepas mengetahui pemandu terbabit bekerja dengan Larry King Enterprises, mereka nak saman kami untuk mendapat pampasan yang tinggi," kata Shawn, isteri Larry King.

Kedua-dua pihak akan tampil di mahkamah pada Disember ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan