Kakak Tua: Mood raya 'terjejas' dek lambakan program TV

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Satu babak mengerikan dalam filem 'Jangan Tegur'
Satu babak mengerikan dalam filem 'Jangan Tegur'

EKONOMI yang suram dan tidak serancak tahun dulu turut menjejaskan mood raya tahun ini. Namun, satu perkara yang langsung tidak terjejas ialah sajian program Raya oleh stesen TV.

Tidak menang tangan lah untuk menukar channel di remote control. Semua stesen TV obses memberikan hidangan terbaik hingga terlupa nilai hiburan sebenarnya.

Yang paling Kakak Tua tidak suka bila perkataan Raya itu dikomersialkan dalam setiap aspek sajian program raya. Bila sudah terlalu banyak pilihan, kualiti pun terpaksa dikompromikan.

Tapi tidak semestinya setiap program hiburan itu menghiburkan. Format yang hampir sama dan balik-balik itu dihidangkan saban tahun membuat orang lama macam Kakak Tua rasa bosan dan tidak betah diam membisu tanpa membebel.

Tambahan pula bila sudah tahu, rakaman program hiburan raya itu diadakan sebelum bulan Ramadhan lagi. Bertambahlah lagi rasa hambar bila akhirnya program raya itu disiarkan.

Mungkin juga sebab sakit mata melihat kepura-puraan artis bersandiwara seolah-olah sedang beraya dan bermaafan sedangkan ianya hanya satu rakaman.

Dan lagu Raya pula hanya sekadar halwa telinga. Yang masih sedap didengar dan melekat di jiwa ialah lagu-lagu raya yang lama juga. Lagu-lagu Raya baru sama seperti kueh moden. Pakej saja yang cantik, sengatnya kurang.

Teringin juga melihat perubahan persembahan program raya di stesen TV swasta menerapkan unsur agama yang menginsafkan. Bial difikirkan balik, agak 'ekstrim' juga pendekatan stesen TV. Kalau bulan Ramadhan, banyak program yang mentarbiyahkan kita. Tapi bila tiba saja Aidilfitri, semuanya balik seperti sediakala.

'Kesempatan' menonton filem-filem dan drama Melayu dalam suasana raya memberi ekspose baru pada Kakak Tua. Mungkin disebabkan lebih relaks, maka lebih terserlah kelemahan yang selama ini tersimpul rapi dalam filem-filem seperti Congkak, Cicakman 2, Jangan Tegur, Evolusi KL Drift dan Duyung.

Yang pasti, aktres kita masih tidak boleh berwajah polos tanpa secalit make-up untuk adegan di kamar tidur. Walaupun hanya babak seram seperti terlihat lintasan hantu, wajah masih kekal jelita dan segar. Program muzikal raya juga tidak kurang meriah dengan 'Sampaikan Raya', 'Akustika Raya', 'Konsert Jamal Abdillah' hinggalah ke 'Kasih Siti'. Kakak Tua alah sikit dengan program muzikal ni. Justeru akan jadi penonton setia hingga ke ahir program.

Bila lambakan program raya sebegini berlaku di hari raya, ramai yang sudah keletihan seperti Kakak Tua, akan melingkar saja di depan kaca TV.

Niat untuk menziarah sanak saudara juga terpaksa dilupakan kerana tarikan program raya begini. Agaknya itulah yang dinamakan 'Inspirasi Lebaran', tayangan hebat sepanjang Raya.

Wajarnya kemeriahan raya tidak harus bergantung kepada program raya yang padat. Dek kerana terbiasa dengan rencana seperti ini saban tahun, minda kita bagaikan sudah diprogram untuk menyambut raya dengan melepak menonton program raya.

Walaupun melepak depan TV di hari raya, satu budaya tidak sihat namun disebabkan 'alah bisa tegal biasa', maka yang buruk itu nampaknya baik sebab dah biasa.

Bak kata orang tua, 'old habits die hard.' (perangai yang buruk sukar dikikis)!

KAKAK TUA: Malas tengok lakonan di pagi raya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan