Adie beraya sakan sambil buat aktiviti 'Baraan'

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adifashla (kanan) atau lebih mesra disapa Adie dan Burn dipilih sebagai duta High 5 bagi mempromosikan roti perisa bandung, baru-baru ini. -Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH
Adifashla (kanan) atau lebih mesra disapa Adie dan Burn dipilih sebagai duta High 5 bagi mempromosikan roti perisa bandung, baru-baru ini. -Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

KESERONOKAN beraya tidak dapat diselindung oleh penyampai radio Era, Adifashla Juraimi atau Adie ketika dia menceritakan saatnya beraya sakan di kampung, Tanjung Karang, Selangor baru-baru ini.

Adie mengatakan dia telah beraya di kampungnya sambil melakukan aktiviti yang dipanggil 'Baraan' yang merupakan satu tradisi di kampungnya.

"Tahun ini saya beraya sakan, saya pulang ke kampung bersama keluarga di Tanjung Karang, di sana saya telah menjalankan aktiviti 'Baraan' yang merupakan tradisi di kampung saya.

"'Baraan' ini sebenarnya aktiviti di mana saya dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama dan kemudiannya kami akan beraya sekeliling kampung dengan menaiki motor.

"Saya gembira sangat sebab dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama saya yang telah lama tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan tugas.

"Saya 'enjoy' buat aktiviti ini, saya bersama kawan-kawan semua buat bising dengan naik motor dan pergi ke setiap rumah untuk beraya.

"Tapi kami bukanlah seperti mat rempit yang berlumba, kami hanya konvoi dan pergi beraya sahaja," kata Adie.

Malah Adie juga gembira kerana dia dapat membuat persiapan raya awal untuk keluarganya pada bulan puasa lalu dengan membawa keluarganya keluar membeli belah.

"Saya tidak fikir sangat untuk diri saya, yang penting saya dapat buat persiapan untuk keluarga saya.

"Saya tidak kisah berhabis untuk mereka, masa saya kecil dulu, ayah saya dah banyak berkorban untuk saya, jadi sekarang adalah masa untuk saya balas budi ayah dan ibu saya.

"Bila saya dapat belikan baju raya untuk mereka, saya rasa seronok sangat dan tak kisah berapa banyak yang saya belanjakan untuk mereka," kata Adie yang bercuti selama seminggu pada raya tahun ini.

Adie turut menceritakan pengalamannya sewaktu kecil yang suka membuat meriam buluh setiap kali hari raya tiba.

"Sewaktu kecil saya sangat nakal, bila nak dekat habis bulan puasa mulalah saya akan mula bersiap sedia untuk buat meriam buluh.

"Saya tak boleh tengok ada orang yang lebih dari saya, kalau saya tahu kawan saya ada dua meriam, saya akan buat tiga meriam.

"Tapi yang kelakarnya, saya hanya ada banyak meriam tetapi tak berani nak main meriam. Bila nak main saya akan panggil kawan-kawan saya yang mainkan.

"Fungsi saya lebih kurang macam tukang sponsor meriam dan kabaid. Saya cuma nak dapatkan suasana raya je," katanya sambil ketawa.

Setelah seminggu bercuti, Adie akan menyambung semula tugasnya di konti sambil terlibat dengan majlis rumah terbuka anjuran EraFM serta beberapa majlis lain.

"Selepas seminggu saya akan sambung kerja dan saya juga terlibat dengan majlis rumah terbuka EraFM dan beberapa majlis lain.

"Selepas itu saya akan sambung cuti semula," kata Adie yang hanya membeli sepasang baju raya sahaja pada tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan