Umie Aida tertekan dimaki hamun Erma?

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Umie Aida (kiri) membawakan watak Che Aminah, ibu angkat kepada Natrah (lakonan Diana Danielle) dalam teater itu. -Foto UTUSAN
Umie Aida (kiri) membawakan watak Che Aminah, ibu angkat kepada Natrah (lakonan Diana Danielle) dalam teater itu. -Foto UTUSAN

PELUANG bekerja dengan adik-beradik sendiri sebenarnya memberi kelebihan kepada setiap individu itu. Namun berbeza dengan aktres popular, Umie Aida yang mengaku amat sukar bekerja dengan kakaknya, sutradara tersohor Erma Fatima.

Tutur selebriti berusia 36 tahun ini, dia pasti akan rasa 'tertekan' dengan kerja pengarahan kakaknya itu.

Namun, mahu atau tidak, kali ini Umie terpaksa berdepan lagi dengan 'kerenah' Erma apabila dia bakal menjayakan teater Natrah yang diarahkan oleh Erma dan bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 17 hingga 25 November depan.

Di dalam teater yang merupakan cetusan idea Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim itu, Umie membawakan watak Che Aminah, ibu angkat kepada Natrah yang telah mencetuskan kontroversi sekitar era 50an.

"Kalau difikirkan, memang tertekan juga bekerja dengan dia (Erma), sebab lebih senang untuk dia 'maki-hamun' saya kerana kami adik-beradik. Tapi, saya tidaklah ambil hati dengan cara dia.

"Saya tidak kisah kerana sebagai pengarah, saya tahu dia ingin lakukan yang terbaik. Tapi, pengalaman saya bekerja dengan dia sebelum ini, ada juga saya persoalkan dia semula apa yang dia mahukan.

"Bukannya melawan, tetapi adakalanya tidak 'tahan' juga," cerita Umie dalam nada ceria ketika ditemui pada sidang media pengumuman barisan pelakon utama teater itu di IB, baru-baru ini.

Turut membintangi teater tersebut ialah Diana Danielle sebagai Natrah dan Remy Ishak sebagai Mansor Adabi, suami kepada Natrah.

Mengulas lanjut tentang watak Che Aminah itu, kata Umie, dia mendapat tawaran itu sekitar bulan lalu oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

"Ini adalah kali pertama saya dapat beraksi di pentas IB. Abang Joe (Juhari) memang selalu ajak saya berlakon teater, tetapi ketika itu saya sangat sibuk dan saya bagi tahu dia, kalau ada cerita yang bagus, baru saya akan ambil.

"Tidak lama kemudian, Abang Joe tanya pada saya sama ada saya berminat untuk berlakon di dalam Natrah. Waktu itu, memang saya tidak fikir panjang lagi dan saya tahu, watak yang ditawarkan itu mesti Che Aminah walaupun dia belum beritahu apa-apa.

"Saya terima tawaran ini kerana kisah Natrah itu sendiri. Saya pernah mengikuti cerita itu dan saya sering baca tentangnya ketika di Tingkatan 3," ujar Umie yang kali terakhir berlakon teater beberapa tahun lepas menerusi Lantai T.Pinkie.

Kisah Natrah atau nama sebenarnya Maria Hurberdina Bertha Hertogh, seorang gadis Belanda yang dijaga ibu angkatnya Che Aminah pernah mencetuskan rusuhan di Singapura apabila masyarakat Islam kecewa gadis itu akan dimurtadkan oleh keluarga kandungnya.

Mengimbas kisah Natrah, dia yang dilahirkan di Jawa, Indonesia dan kemudiannya diserahkan pada Che Aminah untuk dipelihara pada usia lima tahun, telah hidup dalam suasana pendidikan Islam.

Perebutan Natrah di antara keluarga kandungnya dan ibu angkatnya ternyata mendapat liputan yang cukup meluas dan turut mengundang tentangan masyarakat Islam ketika itu.

Bukan saja impaknya pada masyarakat Islam, malah Natrah juga dikatakan hidup sengsara setelah terpisah dengan ibu angkat dan suaminya, Mansor yang dikahwininya pada usia 13 tahun.

Natrah akhirnya meninggal dunia pada 8 Julai lalu di Huijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.

Ditanya tentang persediaannya terhadap karektor Che Aminah itu, kata Umie, buat masa ini, dia masih belum membuat kajian mendalam tentang watak yang bakal dibawanya itu.

"Latihan akan bermula pada bulan Oktober ini. Sekarang ini, saya masih menantikan skrip dan saya kena tengok dulu dari sudut mana penceritaan teater ini akan dibuat.

"Tetapi sebagai pelakon, saya mestilah kena buat kajian terperinci tentang karektor peribadi Che Aminah nanti. Saya kena duduk berbincang dengan pengarah untuk tahu karektor yang bagaimana dia mahu saya terapkan dalam watak Che Aminah ini.

"Namun begitu, apa yang boleh saya katakan, ketiga-tiga karektor utama di dalam teater ini memang cukup 'kuat'...ada 'warna' tersendiri. Apa yang penting, kami kena tahu tanggungjawab untuk karektor masing-masing," kata Umie yang bakal bertunang dengan seorang tokoh perniagaan yang hanya dikenali dengan panggilan 'Datuk K' tidak lama lagi.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan