Jauh bezanya Raya artis dulu dan sekarang

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cico Harahap merindui arwah neneknya, Siti Fatma Nur. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Cico Harahap merindui arwah neneknya, Siti Fatma Nur. -Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

DULU, suasana Hari Raya lebih meriah apabila ramai kaum keluarga dan sanak-saudara yang berkumpul dan bergotong-royong menyediakan juadah seperti lemang, ketupat, rendang dan sebagainya.

Kini, apabila yang tiada telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, keseronokan itu sudah berkurangan. Namun, yang pergi biarlah mereka pergi dan yang hidup ini haruslah sama-sama mensyukuri dan mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Bagi artis-artis yang telah kehilangan insan tersayang mahupun yang jauh diperantauan, kerinduan untuk melakukan perkara yang biasa dilakukan sebelum ini hanya menggamit memori mereka.

Artis baru mahupun artis lama- Cico Harahap, Uji Rashid, Datuk Shake, Jamal Abdillah, band indie Hujan dan Leina Hangat berkongsi luahan hati mereka.

Cico rindu beraya dengan arwah nenek

Aktor Cico Harahap yang popular menerusi filem ‘Puteri Impian’ ini pastinya teruja menyambut Hari Raya pada tahun-tahun sebelum ini kerana arwah neneknya, Siti Fatma Nur ada bersama meraikan lebaran.

Namun, lebaran kali ini pastinya dia merindui suasana ketika beraya bersama arwah neneknya itu.

“Biasanya arwah opah yang membuatkan kami sekeluarga seronok untuk meraikan Hari Raya. Jadi, raya tahun ni tiada beza sangat sebab hanya keluarga yang tinggal ini akan meraikannya.

“Saya, isteri, ibu, anak dan saudara-mara beraya di Kuala Lumpur kerana di kampung sudah tiada sesiapa lagi,” ujar Cico yang beraya buat pertama kalinya bersama isteri, Nur Fuziana Wirongrong, 26, dan anak, Rindu Norfitrah, 8 bulan.

Uji terkenang ibu, beraya di rumah sendiri

Selepas rumah aktres dan penyanyi Uji Rashid dan anaknya, Cico di Bukit Antarabangsa terlibat dengan tragedi tanah runtuh, buat pertama kalinya dua beranak ini tidak dapat beraya di rumah sendiri.

“Bezanya raya tahun ini adalah beraya bukan di rumah sendiri. Saya, anak, menantu dan cucu menumpang di rumah kawan-kawan dan saudara-mara terdekat.

“Ini pertama kali kami sekeluarga tiada rumah dan nasib baiklah keluarga kakak saya boleh membantu. Cico pun baru nak bernafas dengan anak dan isterinya,” kata penyanyi popular dengan lagu raya ‘Seloka Hari Raya’ duet dengan penyanyi Hail Amir ini.

Sama seperti Cico, Uji turut terkenangkan ibunda tersayang, Siti Fatma Nur saat meraikan lebaran ini.

“Mak saya dah tiada untuk raikan Hari Raya tahun ini. Masa muda-muda dulu, saya dan kakak yang seronok untuk menyambut Hari Raya bersama mak kerana dia yang membuatkan Hari Raya menjadi meriah.

“Sekarang, bukan sahaja mak, suami pun tiada kecuali beraya dengan anak-anak dan cucu-cucu. Kami hanya berkumpul bersama sanak saudara,” luah pelakon filem ‘Yassin’, ‘Langit Petang’ dan ‘Permintaan Terakhir’ ini.

Datuk Shake: Paling mustahak dapat ampun dan maaf

“Bagi saya kalau beraya, ada ibu lagi meriah jadi sedih juga apabila mengenangkan dia sudah tiada. Tapi paling mustahak semasa raya ni kita dapat memohon ampun dan maaf dengan semua orang kerana antara kita tiada yang sempurna.

“Selain itu, tunaikan puasa sunat enam. Tahun lepas saya beraya di Paris tetapi kali ini di Malaysia. Saya turun beraya di Johor dan melawat kubur mereka yang telah tiada dan selepas itu berjumpa dengan sanak-saudara di Kuala Lumpur,” ujarnya yang kembali selepas lima tahun merantau di luar negara.

Leina Hangat tak pernah lupa ibu dan bapa

“Saya rasa tak lengkap kalau beraya tanpa ada ayah dan ibu. Kalau semasa belum berkahwin dulu, saya dah balik Johor tetapi tahun ini tidak dapat sebab suami kena bekerja semasa Hari Raya jadi kami berdua beraya di Kuala Lumpur sahaja,” kata Leina yang terharu apabila mengenangkan ibu bapanya yang tua dan tidak sihat di kampung itu.

Jamal terkenang ibu dan adik meninggal dunia semasa raya

“Apabila tiba Hari Raya mesti saya akan rasa suatu perasaan yang sangat menyedihkan kerana arwah mak dan adik pergi semasa raya.

“Seminggu selepas arwah mak pergi, adik saya, Kamal Abdillah juga pergi meninggalkan kami sekeluarga,” ujar Jamal yang beraya di Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak pada tahun ini bersama anak lelakinya, Osama Yamani.

Hujan sibuk melayan tetamu

“Dulu, saya selalu memberi duit raya kepada tetamu yang datang tetapi setelah berkahwin ini komitmen lagi banyak dan tanggungjawab juga menjadi berat.

“Apabila mendengar lagu raya ‘Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda’ yang dinyanyikan oleh Raihan dan Hujan, terus saya teringat kepada kedua ayah dan ibu saya kerana saya sudah 10 tahun hidup merantau tetapi waktu Hari Raya kami pasti berjumpa,” kata Hang Dimas, pemain keyboard band indie Hujan.

Vokalisnya, Noh pula berkata dia sibuk melayan tetamu berbanding dahulu bapanya yang mengambil alih tugas itu.

“Dulu, selalunya bapa saya yang jadi 'host' apabila tetamu datang beraya tetapi sekarang saya pula yang menjadi 'host'. Lagi meriahlah...,” ujar Noh yang gemar makan kek lapis berintikan coklat di dalamnya apabila tiba Hari Raya.

Sementara pemain gitar AG menceritakan tentang persamaan yang ditemui semasa Hari Raya iaitu tidak dapat mengumpul semua ahli keluarga.

“Seperti tahun-tahun biasa, mesti tak cukup ahli keluarga. Dulu, kali terakhir saya dapat beraya dengan datuk dan nenek semasa tingkatan 1. Jadi, suasana raya sudah tidak semeriah dulu lagi,” ceritanya yang beraya di Alor Setar,Kedah selama seminggu bersama keluarganya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan