Adibah teruja kembali di pentas teater setelah 7 tahun

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KALI terakhir penyanyi, pelakon dan pengacara popular ini beraksi di pentas teater ialah pada tahun 2002 menerusi Chang & Eng The Musical. Dan kali ini, setelah kira-kira tujuh tahun, Adibah Noor akui teruja dapat kembali beraksi untuk teater.

Bersama-sama dengan dengan pelakon-pelakon hebat lain seperti Hans Isaac, Awie, Afdlin Shauki, AC Mizal dan Vanidah Imran, Adibah akan membawakan watak Farah di dalam Cuci The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 23 Oktober hingga 8 November depan.

"Sebelum ini memang banyak tawaran yang saya dapat, tapi entah mengapa hati saya tidak terpanggil untuk ambil.

"Teater memerlukan komitmen yang tinggi termasuk masa dan pada waktu itu, dengan jadual saya yang agak sibuk, memang sukar untuk saya terima.

"Tetapi kali ini, untuk Cuci The Musical, saya tertarik untuk terima kerana ia pasti menarik dapat melihat sebuah filem dijadikan dalam bentuk teater muzikal," ujar Adibah dalam nada ceria.

Barisan tenaga kreatif Cuci The Musical terdiri daripada Datuk Zahim AlBakri dan Harith Iskander sebagai pengarah bersama, Stephen Rahman-Hughes (koreografer), Raja Maliq (pereka set), Douglas Lim dan Pacai (penulis lirik dan komposer).

Menurut Adibah lagi, walaupun dia menggantikan tempat Umie Aida yang pernah membawakan watak sama di dalam versi filem tersebut, dia tidak merasakan ia satu bebanan kepada dirinya.

"Apa yang pasti, saya tidak akan membawa watak Farah seperti yang dibawakan oleh Umie. Saya akan bawa dengan cara tersendiri. Apa yang lebih merisaukan saya ialah takut kesihatan saya kurang baik ketika pementasan itu kelak.

"Dan saya juga lebih memikirkan perkara lain tentang pementasan ini apatah lagi kali ini saya bukan saja perlu berlakon, tetapi kena menyanyi dan menari pada masa yang sama.

"Kelakar jugalah sebab ada babak saya perlu menari dengan Awie," tutur Adibah dalam nada ceria.

Ditanya tentang persiapannya menjelang hari pementasan itu kelak, kata Adibah, setakat ini, sesi latihan berjalan dengan baik.

"Seronok sangat menjalani latihan dengan mereka. Harith dan Zahim ada cara tersendiri dalam pengarahan mereka. Mereka terbuka pada sebarang cadangan.

"Dan apa yang saya perasan, teknik yang mereka gunakan lebih kurang sama dengan apa yang Allahyarham Yasmin Ahmad sering lakukan. Arwah selalunya akan mendalami personaliti pelakon-pelakonnya terlebih dahulu.

"Jadi tidak timbul sebarang masalah kerana saya memang sudah biasa dengan gaya pengarah seperti ini," tuturnya yang hanya bercuti raya selama dua hari dan kembali bekerja pada hari ini untuk meneruskan latihan teater muzikal itu.

Secara ringkasnya, Cuci The Musical mengisahkan empat orang adik-beradik iaitu Fairil (Afdlin), Khai (Hans), Jojo (Awie) dan C'Tan (AC) yang menjalankan perniagaan 'Cuci-Cuci Services', sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap, dengan harapan satu hari nanti syarikat mereka akan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila Cuci-Cuci Services telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang diselenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida) yang mana pemenangnya akan berpeluang mencuci tingkap KLCC.

Dalam mengecapi impian mereka, pelbagai kisah suka dan duka dilalui oleh empat beradik ini.

Tiket-tiket berharga RM43, RM63, RM113, RM153, RM173, RM193, RM213 dan RM253 boleh dibeli di Istana Budaya atau secara online di www.axcess.com.my dan menerusi talian hotline iaitu 03-7711 5000

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan