Supermodel Bundchen teruja mengandung anak lelaki

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gisele Bundchen bergaya sebelum Sao Paulo Fashion Week pada 18 Januari 2009. -Foto REUTERS
Gisele Bundchen bergaya sebelum Sao Paulo Fashion Week pada 18 Januari 2009. -Foto REUTERS

SUPERMODEL dari Brazil, Gisele Bundchen dan suaminya Tom Brady dilaporkan bakal menimang cahaya mata lelaki dan bercadang menamakannya Gabriel.

Menurut laporan media, jelitawan berusia 29 tahun itu dijangka bersalin anak pertama dengan Brady pada Disember ini.

"Salah seorang daripada lima adik-beradik Gisele bernama Gabriela, dan dia selalu percaya ia adalah nama yang cantik... Gisele dibesarkan sebagai seorang Katolik Roman, dan Gabriel ialah 'archangel' (penghulu malaikat), utusan daripada Tuhan dalam New Testament," menurut satu sumber terdekat dengan Bundchen.

"Dia juga merupakan kawan kepada penyanyi dan pelirik dari Brazil, Gabriel Guerra. Mereka bertemu di Rio De Janeiro tahun lalu dan dia menulis lagu 'Tribute to Gisele' kepadanya.

"Dia begitu menyukainya sehingga dia memasukkannya dalam laman webnya," tambah sumber tersebut.

Pasangan Bundchen-Brady begitu gembira dengan berita baik itu dan Bundchen 'tidak dapat berhenti' memperkatakannya.

"Tom dan Gisele tidak kisah mereka dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Yang paling penting ialah cahaya mata mereka sihat.

"Memandang Gisele tahu dia mengandung anak lelaki, dia begitu teruja, dia asyik memberitahu berita baik itu kepada orang lain," menurut sumber itu.

Brady mempunyai seorang anak berusia dua tahun dengan aktres Bridget Moynahan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan