Nadia AF6 'rock' di Amsterdam lepas Raya

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadia AF6 ketika ditemui semasa 'Kempen Jom Balik Kampung bersama Munchy's Di Suria FM', Jumaat lalu. -Foto MSTAR
Nadia AF6 ketika ditemui semasa 'Kempen Jom Balik Kampung bersama Munchy's Di Suria FM', Jumaat lalu. -Foto MSTAR

REZEKI alumni Akademi Fantasia 6 (AF6), Nadia atau Nadia Haswani Hasnan, 19, nampaknya melimpah ruah selepas menyertai program realiti hiburan itu.

Vokal 'rock' penyanyi kecil molek ini kini diiktiraf dari dalam dan luar negara.

Nadia memberitahu, dia bakal melontarkan vokal rocknya di Amsterdam, Belanda dari 9 November hingga 17 November ini atas jemputan Kedutaan Malaysia di situ.

"Saya akan membuat persembahan untuk para diplomat dan masyarakat tempatan di Amsterdam. Kebanyakan lagu yang akan saya bawakan adalah bahasa Inggeris.

"Saya juga akan mendendangkan lagu-lagu Melayu untuk memperkenalkan Malaysia," kata Nadia ketika ditemui semasa 'Kempen Jom Balik Kampung bersama Munchy's Di Suria FM', Jumaat lalu.

Nadia merupakan antara artis jemputan seperti Nubhan, Fazli Zainal dan Farawahida yang memeriahkan upacara penyerahan tiket percuma bas, duit raya bernilai RM50 serta cenderahati sumbangan Munchy's dan Suria FM kepada 99 pendengar setia Suria FM.

Mereka berlepas ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Bharu tepat pada pukul 10 pagi.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran berkata kempen itu adalah kali kedua diadakan selepas sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada tahun lalu.

Menurut Nadia yang merupakan penggemar genre muzik rock dan lagu rancak, dia sedang berlatih mengawal vokalnya dalam iklim dan cuaca yang jauh berbeza di negara di bawah paras air laut - Belanda.

"Vokal adalah berlainan dalam cuaca yang berbeza. Oleh itu, saya perli pastikan saya melontarkan suara terbaik untuk rakyat Belanda nanti," katanya.

Tambah Nadia, lawatan sambil membuat persembahan kali ini merupakan lawatan keduanya ke negara yang terkenal dengan bunga tulip yang berwarna-warni dan mekar berkembang.

"Alhmadulillah, nampaknya para peminat saya di Amsterdam berpuas hati dengan persembahan saya tahun lalu. Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik saya nanti," kata Nadia yang ingin berduet dengan Hattan kerana melihat penyanyi itu sebagai ikon rock unggul.

Ditanya bagaimana dia boleh mendapat tawaran sedemikian daripada Kedutaan Malaysia di Amsterdam, Nadia menjelaskan, ia bermula daripada pembabitannya dalam AF6 tahun lalu.

"Lepas itu, seorang kenalan yang bekerja di Kedutaan tersebut menjemput saya untuk memberikan persembahan," jelas Nadia sejujurnya.

Sebelum melantunkan suara rock di luar negara, Nadia akan terlebih dahulu terlibat dalam satu konsert Astro berbentuk teater muzikal pada bulan Oktober ini.

"Saya akan berlakon sebagai salah seorang pelajar. Macam-macam lagu akan saya bawakan. Saya telah berlatih sebelum bulan Ramadan lagi.

"Saya berhenti sementara pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini sebelum meneruskan latihan selepas Hari Raya ini," kata Nadia yang bakal mengeluarkan single keempatnya berjudul 'Kita Sama' selepas raya nanti.

Single 'Kita Sama' membariskan komposer, Amir dan lirik oleh Nadia AF6.

Selain pandai mengalunkan suara lunaknya, Nadia turut merupakan pelakon dan pengacara. Nadia ialah pelakon komedi Radio Televisyen Malaysia (RTM), 'Angguk-Angguk, Geleng-Geleng' bagi musim ketiga di samping mengacarakan program Rakan Muda Seni Budaya.

Sesibuk manapun, Nadia turut meluangkan masa membantu keluarganya berniaga biskut dan popia di Bazar Ramadan Setiawangsa.

Adakah Nadia yang pernah memenangi pertandingan Karaoke Alam Sentral, La Lacos Pub, All Star Corner dan Kelab Orange ini pandai memasak?

Gurau Nadia, dia tidak tahu memasak tetapi tahu membuat popia yang sedap belaka. "Saya hanya ambil pesanan makanan dan minuman... Ada juga peminat yang mengenali saya," katanya.

Bagi menyambut bulan Syawal ini, Nadia akan beraya di kampung halamannya di Taiping dan Ipoh, Perak.

"Hari Raya pertama, saya akan beraya di Taiping manakala pada Hari Raya kedua pula saya akan beraya di Ipoh, Perak," ujarnya yang mempunyai laman web kelab penyokong Nadia di alamat www.nadia-haswani.com/blog.

Menyedari umurnya baru mencecah 19 tahun, Nadia ingin menyambung pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang penyiaran, penulisan skrip dan pengarahan.

"Saya sedar karier artis ada hadnya. Lantaran itu, saya ingin cuba bidang baru seperti penyiaran, penulisan skrip dan pengarahan filem.

"Bila dah bersara nanti, saya ingin bekerja di belakang tabir pula," jelas Nadia secara optimistik.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan