Keluarga Jackson percaya filem 'This Is It' ada propaganda - Berita Hiburan | mStar

Keluarga Jackson percaya filem 'This Is It' ada propaganda

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Satu previu dokumentari Michael Jackson 'This Is It' ditayangkan pada pengakhiran The 2009 MTV Video Music Awards di New York, pada 13 September 2009. Foto REUTERS
Satu previu dokumentari Michael Jackson 'This Is It' ditayangkan pada pengakhiran The 2009 MTV Video Music Awards di New York, pada 13 September 2009. Foto REUTERS

KELUARGA Jackson barangkali mengizinkan filem 'This Is It' dikeluarkan, tetapi mereka bimbang filem itu adalah 'propaganda' pihak penganjur untuk membuktikan Raja Pop itu adalah sihat dan berada dalam keadaan terbaik untuk melakukan siri 50 konsert.

Julai lalu, Joe Jackson pernah berkata, "Michael memberitahu saya dia bersetuju mengadakan 10 konsert sahaja. Bagaimanapun, pihak penganjur menambah bilangan konsert tersebut. Saya bimbangkan kesihatannya."

Bagaimanapun, penganjur AEG menegaskan Raja Pop berkeadaan terbaik untuk menjayakan siri konsert itu.

Menurut sumber, keluarga Jackson bimbang filem 'This Is It' akan diedit oleh pihak penganjur, AEG Live sedemikian rupa untuk melepaskan mereka daripada tuduhan.

"Mereka percaya filem itu hanya memaparkan klip terbaik Michael semasa raptai terakhir. Michael kelihatan cergas, teruja dan sihat," menurut satu sumber.

"Keluarga Jackson tidak boleh bercakap apa-apa kerana wang akan dibayar kepada satu tabung amanah. Secara peribadi, mereka bimbang filem itu hanya propaganda untuk menyokong AEG bahawa Michael sihat dan tidak dieksploitasikan," tambah sumber itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan