Krisdayanti masih titipkan wang untuk anak-anaknya

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Krisdayanti beraksi semasa The World Peace Music Awards pada 14 Jun 2003 di Garuda Wisnu Kencana, Bali, Indonesia. -FOTO AP
Krisdayanti beraksi semasa The World Peace Music Awards pada 14 Jun 2003 di Garuda Wisnu Kencana, Bali, Indonesia. -FOTO AP

NALURI ibu pasti tidak dapat melupakan anak-anak. Meskipun masih dibenci kedua anaknya, penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti (KD) mengaku masih menitipkan wang perbelanjaan untuk kedua anak kesayangannya - Aurel dan Azriel.

Namun, segala usaha dan niat baik KD tidak mendapat reaksi positif dari anak-anaknya dan juga Anang.

Sejak bercerai beberapa hari menjelang Ramadan, Aurel dan Azriel dijaga olej ayah mereka, Anang dan menetap di studio Anang di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan.

Menurut jurucakap bagi pihak KD, Elsie Lontoh, "KD selalu kirim wang kepada anak-anaknya melalui pembantunya untuk wang perbelanjaan tapi responnya kurang."

Tidak pula dinyatakan berapa wang yang diberi KD tapi khabarnya sejak bercerai, kerap juga KD mengirimkan wang untuk mengambil hati anak-anaknya.

Yang jadi masalahnya sekarang, bukan sekadar wang, kelibat dan nama KD langsung tidak boleh didengar anak-anaknya. Yang pasti mereka merasa begitu jauh dengan ibu.

Menurut laporan, KD akan membuat pendaftaran cerai pada 28 September. KD juga khabarnya akan beraya di luar negara dan telah pun berlepas dengan ibunya. Tapi destinasinya dirahsiakan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan