Gegarkan Aidilfitri bersama 8TV

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SALURAN hip 8TV telah menyediakan satu jadual program Raya yang amat istimewa untuk semua penonton bukan sahaja yang beragama Islam bahkan juga sesuai untuk tontonan pada bukan Islam.

Pelbagai jenis rancangan dan filem terbaik dan menghiburkan bakal disajikan untuk penonton seisi keluarga mulai sehari sebelum Hari Raya sehingga Hari Raya kedua.

19 September 2009, malam raya:

Saturday Movie: I’m a Cyborg, but that’s ok Masa Siaran: 8.30 malam

Filem ini mengambil tempat di sebuah institusi mental (rumah orang gila). Young-goon, seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah sejenis wira dipanggil Cyborg, enggan makan tetapi sebaliknya memberi kejutan electrik kepada dirinya.

Il-sun, seorang pesakit muda yang dimasukkan ke hospital kerana sikapnya yang anti-sosial dan menghadapi penyakit skizofrenia, percaya bahawa dia mampu mengambil nyawa orang lain mula berkawan dengan Young-goon.

Selepas Young-goon diberi terapi kejutan elektrik, dia percaya bahawa dirinya telah dicaj semula dan berangan-angan untuk membunuh kakitangan hospital yang sebelum ini telah mengambil neneknya yang menghidap penyakit mental.

Dalam realiti, keadaan fizikalnya mula merosot dengan pantas. Dengan meyakinkannya bahawa dia telah memasang satu unit penukaran makanan menjadi tenaga elektrik (sebuah ‘rice-megatron’) ke bahagian belakang badannya, Il-sun akhirnya dapat membuat Yoong-goon untuk makan semula.

Rock Raya with 8TV Quickie Masa siaran: 10.45 malam – 11.45 malam

Rancangan temu bual hiburan selama satu jam ini akan menjemput pengacara-pengacara lama Quickie bergabung di samping tetamu jemputan lain untuk berkongsi pengalaman berpuasa pada bulan Ramadhan dan persiapan Raya.

Dipersembahkan juga pesembahan dari band-band Indie seperti One Buck Short dan Deja Voodoo Spells. Tomok, pemenang One In A Million musim 3 bersama Esther dan Aweera akan muncul sebagai tetamu istimewa dalam rancangan ini dengan sebuah lagu raya yang mengujakan.

2009 MTV Movie Awards Masa siaran: 11.45malam

MTV Movie Awards telah muncul pada tahun 1992 dan terus membina reputasi di dunia Hollywood. Pada tahun 2009, tradisi ini berterusan dengan majlis anugerah yang paling kelakar dan menghiburkan yang pernah disiarkan secara langsung di MTV pada 31 May 2009, dihoskan oleh pelawak SNL Andy Samberg.

20 September 2009, Hari Raya pertama:

The 8TV Quickie Raya Carnival Masa siaran: 11.00 pagi

Dimeriahkan oleh hos-hos yang ceria, program ini membariskan persembahan daripada artis-artis terkenal tanahair, permainan dan aktiviti menarik serta pelbagai hadiah untuk dimenangi. Juga diselang-selikan dengan interaksi bersama peminat dengan tema Hari Raya.

8 Style Raya Special Masa siaran: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Raikan Hari Raya anda dengan bergaya bersama 8 Style. Dapatkan inspirasi fesyen raya anda dari hos rancagan, Jeffrey dan Cheryl. Selain itu pakar-pakar fesyen dan gaya juga dijemput untuk berkongsi rahsia bagi penampilan yang lebih bergaya, kena dengan tempat namun masih dalam fesyen terkini di pagi Raya. Tidak ketinggalan tip-tip untuk tampil hebat tanpa melebihi bajet perbelanjaan.

Tai Chung Countdown Concert 2009 Masa siaran: 2.00 petang

Taichung Countdown Concert- Irama berkuasa dan muzik hebat dimainkan di atas pentas selama 2 jam tanpa henti dihoskan oleh hos TV veteran Hu Gua dan Pauline Tan.

Menampilkan persembahan daripada ratu pop Taiwan, Jolin Tsai, Raja Menari - Show Luo, Idola Drama Rainie Yang, Genie Zuo dan jejaka kacak- Danson Tang, kumpulan popular terkini- Da Mouth dan bintang realiti – Jam Hsiao, dan ramai lagi.

Muslim in China Masa siaran: 4.00 petang

Aidilfitri bukan sahaja disambut oleh orang Islam di Malaysia malah ia disambut diseluruh dunia, terutama sekali di negara China. Umat Islam Cina telah mempengaruhi sejarah Islam di China. Orang Islam menduduki kesemua rantau di China.

Konsentrasi tertinggi dijumpai di wilayah-wilayah barat laut seperti Xinjiang, Gansu dan Ningxia. Walaupun satu dunia meraikan perayaan yang sama, kehidupan dan persekitaran adalah amat berlainan. Program ini akan membawa anda melihat dunia budaya dan adat Islam di sana.

Ho Chak! Raya Special Masa siaran: 6.30 petang

Hari Raya ialah sebuah perayaan penting yang menandakan berakhirnya sebulan berpuasa dan bermulanya limpahan makanan! Bersama dengan tetamu undangan istimewa, Orange dan Chris akan mencungkil juadah Raya yang mempunyai sifat yang berbeza tetapi tetap enak dimakan. Mereka akan membongkar proses rumit mencipta juadah manisan yang menceriakan Hari Raya anda.

Double, Triple or Nothing 2 Raya Special Masa siaran: 7.00 petang

Ceriakan hari anda bersama tetamu-tetamu istimewa kami pada musim istimewa ini. Dengan permainan dan cabaran-cabaran baru, musim baru ini menjanjikan lebih keriangan dan gelak ketawa!

Rock Band Battle Masa siaran: 12.00 tengah malam

MTV bersedia untuk pertempuran dalam permainan muzik video terhangat apabila lima kumpulan Rock bersaing dalam permainan Rock Band Battle. Bersama pelawak Dan Levy dan pelakon wanita Carrie Keagan sebagai hos, rancangan istimewa satu jam ini akan menampailkan lima kumpulan rock bersaing antara satu sama lain untuk mencapai impian menjadi bintang rock serta bertanding untuk memenangi barangan elektrik yang telah diubahsuaikan!

21 September 2009 (Hari Raya kedua):

m.net km music video festival 2007 Masa siaran: 10.00 pagi

Pesta Music Video m.net km telah ditubuhkan tujuh tahun yang lalu. Bergabung dengan KMTV “Korean Music Awards”, pesta ini menjanjikan sebuah acara yang terbesar diarena industri muzik.

Forbes Top 20 under 25 Masa siaran: 12.00 tengah hari

'Forbes' 20 Under 25: Young, Rich, and Famous' ialah sebuah senarai eksklusif bakat-bakat industri hiburan yang paling dikehendaki dan mendapat bayaran lumayan di bawah usia 25 tahun.

Daripada bintang muda terkenal sehingga ke atlet, kami akan mendedahkan kerjaya terbesar paling berkuasa di dalam pembuatan, dan menamakan bintang terkaya yang dilahirkan dalam tahun 80an. Senarai ini mengandungi bintang-bintang seperti Mary-Kate dan Ashley Olsen, Daniel Radcliffe, Hilary Duff dan Carrie Underwood.

Viking Masa siaran: 2.30 petang

Pernahkah anda melalui kursus yang penuh dengan halangan? Kami yakin anda tidak pernah melihat halangan seperti sebesar Viking, kapal Viking Course yang telah karam!

Dirancang melalui beberapa peringkat yang berlainan dan amat mencabar, dan mengandungi pelbagai halangan, kursus ini tidak seperti yang pernah wujud. Apatah lagi, Viking memerlukan lebih daripada kekuatan otot peserta malah peserta dikehendaki menggunakan teknik, ketelitian dan paling penting menggunakan otak mereka.

8 E-news Raya Special Masa siaran: 4.00 petang

Dengan berbaju Raya, hos 8 E-News Gary Yap dan Natalie Ng akan membawa penonton menikmati kemeriahan Hari Raya dengan adat-adat tradisional Hari Raya. Istimewa Hari Raya 8 E-News menampilkan tetamu-tetamu yang akan berkongsi bersama penonton pelbagai elemen yang membuatkan Hari Raya sungguh istimewa dan menggembirakan bersama penonton yang berbilang kaum.

Chinese Movie: The Magnificent Scoundrels Masa siaran: 5.00 petang

Chow Sing, seorang kaki tipu dipaksa oleh peminjam wang haram yang jahat, Roy Cheung supaya berkerjasama dengan seorang wanita untuk mengambil alih sebuah rumah mewah yang sudah diduduki.

Malangnya, pasangan itu telah ditangkap oleh pemilik rumah (Ng Ma dan Tien Niu) di dalam rumah itu tetapi mereka tidak mengetahui bahawa pasangan tersebut juga ialah kaki tipu yang berkerja untuk orang yang sama.

Saksikan siapa yang akan ditipu dahulu. Dibintangi Stephen Chow, Teresa Mo, Amy Yip, Yuen Wah, Roy Cheung, Chu Mimi.

Michael Jackson 30th Anniversary Celebration Masa siaran: 9.30 malam

Michael Jackson 30th Anniversary Celebration ialah salah satu daripada rancangan yang mempunyai jumlah penonton yang tertinggi dalam sejarah US Network Television. Ia menampilkan perembahan terakhir Raja Pop ini.

Rancangan istimewa ini juga membariskan bintang-bintang terkenal seperti Beyonce, Justin Timberlake, Whitney Houston dan The Jackson Five.

Forbes Top 20 Cash Queen of Music Masa siaran: 11.30 malam Forbes' Top 20 Cash Queens of Music menyenaraikan wanita-wanita terkaya dalam industri muzik. Tidak kira bakat baru atau diva-diva yang sudah wujud bertahun-tahun, wanita-wanita ini telah mencapai status tertinggi dan menikmati kemewahan.

Saksikan mereka mengelilingi serata dunia dan mengaut penjualan album yang tinggi, wanita di dalam senarai Forbes’ Top 20 Cash Queen menerima bayaran berjuta-juta sepanjang bulan Jun 2006 hingga Jun 2007.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan