Beyonce akhirnya membuat persembahan di Malaysia bulan depan

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beyonce Knowles terkenal dengan gerak tari 'bootylicious'. -Foto REUTERS
Beyonce Knowles terkenal dengan gerak tari 'bootylicious'. -Foto REUTERS

SELEPAS membatalkan konsertnya di Malaysia dua tahun lalu, penyanyi terkenal Beyonce Knowles dijangka membuat persembahan di negara ini pada bulan depan.

Terkenal dengan gerak tari 'bootylicious', bintang R&B itu dijadualkan julung kali mengadakan konsertnya di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 8 malam, 25 Oktober ini.

Kuala Lumpur ialah salah satu destinasinya dalam siri konsert dunia bertajuk 'I Am...' yang meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Penganjur konsert itu ialah Marctensia dan UCSI Communications.

Beyonce sepatutnya membuat persembahan di Malaysia pada 2007 tetapi membatalkan konsertnya ekoran bantahan daripada Pemuda Pas.

Seterusnya, Beyonce mengalihkan lokasi konsertnya ke Jakarta.

Siri konsert dunia itu diadakan selaras dengan pelancaran album studio ketiganya, 'I Am... Sasha Fierce' yang merangkumi lagu-lagu hit seperti 'If I Were a Boy', 'Single Ladies (Put a Ring on It)', 'Halo', 'Sweet Dreams' dan 'Broken-Hearted Girl'.

Sasha Fierce ialah alter ego yang popular kepada Knowles di atas pentas.

Beraksi bersama Black Eyed Peas dan Jacky Cheung, Knowles juga bakal memberikan persembahan di F1 ROCKS Singapore with LG pada 26 September ini.

Tiket-tiket untuk 'Beyonce I Am... World Tour Live in Malaysia 2009' dijual pada harga RM583, RM383, RM283, RM183 (tempat duduk bernombor) dan RM93 (tempat duduk bebas).

Tiket pra-jualan akan bermula 22 September ini.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan, hubungi 03-2092 1199 (Marctensia) atau layari www.marctensia.com.

Atau, hubungi 03-7755 1000 (Axcess Ticketing) atau layari www.axcess.com.my.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan