Al-Barakah mendidik masyarakat tentang zakat

Diterbitkan: Sabtu, 19 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Al-Barakah, program baru di TV9 bertujuan mendidik masyarakat tentang zakat
Al-Barakah, program baru di TV9 bertujuan mendidik masyarakat tentang zakat

TV9 Di Hatiku sentiasa mencari idea baru dan konsep menarik yang boleh diketengahkan untuk penonton. Dengan sentiasa menjadikan masyarakat sebagai inspirasi didalam merangka program-program di TV9, pastinya rancangan yang bakal dilancarkan ini akan mendapat tempat disisi penonton setia TV9.

Pada kali ini, TV9 bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membawakan program Al-Barakah.

Secara ringkasnya, Al-Barakah merupakan sebuah rancangan berkonsepkan dokumentari dimana para responden akan menceritakan keadaan sebenar kehidupan mereka dan bagaimana fungsi Zakat dapat membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa, objektif penerbitan dokumentari ini ialah untuk menyampaikan maklumat secara berkesan kepada masyarakat mengenai aktiviti penyaluran wang zakat yang dilakukan LZS.

Penonton juga didedah bagaimana penerima-penerima bantuan ini akhirnya berjaya membangunkan taraf hidup dan jatidiri keluarga melalui peranan zakat.

Selain itu, menurut beliau lagi, melalui cara ini (penerbitan dokumentari), masyarakat akan lebih yakin untuk menunaikan zakat di LZS kerana pengagihan bantuan zakat dilakukan dengan telus, berkesan dan menyeluruh.

Mengulas berkenaan rancangan tersebut, Ketua Pegawai Operasi TV9, Encik Bukhari Che Muda berkata “Rancangan Al-Barakah ini dilihat dapat memberikan penjelasan yang lebih terang lagi berkenaan Zakat.

Pengertian zakat dan kesannya kepada masyarakat yang dipaparkan juga dilihat mampu memberikan kesedaran kepada para penonton khususnya dan rakyat Malaysia amnya tentang kepentingan ibadah zakat.”

Disamping dapat memberi kesedaran tentang kehidupan fakir miskin dan kepentingan menjalankan zakat, rancangan Al-Barakah ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang fungsi Lembaga Zakat Selangor didalam menangani masalah kemiskinan ini.

Didalam mencapai matlamat kerajaan Malaysia yang menyasarkan Sifar jumlah kemiskinan tegar dikalangan masyarakat Malaysia menjelang tahun 2010, Zakat dilihat sebagai cara terbaik bagi menangani masalah tersebut dan peranan Lembaga Zakat pada amnya perlulah dijelaskan agar pembayar-pembayar zakat dapat memahami fungsi dan tugas organisasi tersebut.

Rancangan ini akan ditayangkan setiap Isnin dan akan mula bersiaran pada 28 September 2009 jam 9.30 malam hanya di TV9 Saluran DiHatiku.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan