Zizie tempah 10 pasang baju raya

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizie Izette akan pulang ke Johor pada raya tahun ini dan menziarah sanak saudara di sana. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT
Zizie Izette akan pulang ke Johor pada raya tahun ini dan menziarah sanak saudara di sana. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

HARI RAYA bakal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi, pastinya seluruh umat Islam sedang sibuk membuat persiapan bagi menyambut hari yang mulia ini.

Tidak terkecuali juga bagi pelakon jelita, Zizie Izette Abdul Samad, 31, yang akan menyambutnya dengan meriah pada tahun ini kerana bagi Zizie, Syawal hanya tiba setahun sekali dan kita seharusnya meraikan hari yang mulia ini.

Zizie ketika dihubungi mStar Online semalam mengatakan, dia amat bersyukur kerana dapat berkumpul dengan seluruh keluarganya pada hari raya tahun ini dan mereka akan bertolak pulang ke kampung secara konvoi beramai-ramai.

"Alhamdulillah, raya tahun ini saya dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga dan kami akan balik ke kampung di Johor secara konvoi beramai-ramai... Saya akan beraya di kampung sampai raya ketiga.

"Tahun ini pun alhamdulillah rezeki yang ada agak baik... jadi kami akan bahagikan kepada sanak saudara di sana nanti juga.

"Kalau duit raya tu, mereka akan dapat lebih jika dibandingkan tahun lepas... lagipun bukan selalu kita dapat balik kampung jumpa sanak saudara semua, jadi bagi saya ini satu perkara yang baik untuk buat mereka rasa gembira," kata Zizie yang merupakan kakak kepada pelakon Shaheizy Sam.

Zizie yang akan bertolak pulang ke kampung pada malam raya nanti turut mengatakan dia telah menempah 10 pasang baju raya tahun ini berbanding 6 pasang pada tahun lepas. Bagi Zizie, bukanlah niatnya untuk membazir atau menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar mahu meraikan hari raya yang tiba.

"Tahun ini saya agak terlebih sikit, saya telah tempah 10 pasang baju raya berbanding 6 pasang sahaja pada tahun lepas. Saya ni berjiwa budak-budak juga... bila nak sambut raya saya 'excited' sangat...

"Tetapi bukan niat saya untuk membazir atau menunjuk-nunjuk sampai saya tempah 10 pasang baju raya, cuma tahun ini rezeki lebih sikit, jadi saya tempah banyak.

"Tujuan saya tempah banyak juga sebenarnya adalah untuk digunakan sepanjang tahun, kadang-kadang saya banyak terima undangan berbuka puasa dan rumah terbuka, jadi mestilah saya nak pakai baju lain-lain, kalau pakai yang sama setiap majlis tak seronok nanti," katanya sambil ketawa.

Ditanya kepada pelakon yang popular dengan lakonannya dalam drama bersiri Spa Q ini sama ada dia memiliki kenangan indah ketika menyambut raya, Zizie mengatakan setiap hari raya yang disambut adalah kenangan indah baginya.

"Saya rasa setiap hari raya yang saya sambut adalah suatu kenangan yang indah, tidak ada yang agak spesifik, tetapi kalau kenangan yang menyedihkan ada...

"Kenangan itu saya lalui apabila saya kehilangan orang-orang yang tersayang seperti ayah, datuk dan nenek saya.

"Jadi bila beraya tanpa mereka buatkan saya rasa sedih... tetapi sekarang semua itu sudah berlalu, bagi saya yang pergi tetap pergi, yang hidup kena teruskan hidup... kita kena sentiasa pandang ke hadapan.

"Selalunya jika berkesempatan, pada pagi raya saya akan pergi melawat kubur arwah ayah, datuk dan nenek," kata Zizie.

Zizie juga mengatakan, dia sekeluarga telah belajar dari kesilapan lalu apabila gemar membeli kuih raya terlalu banyak sehingga membazir.

"Tahun ni rasanya tak banyak kuih raya yang akan dibeli, kami belajar dari kesilapan lalu. Dulu kami selalu beli sampai 10 jenis kuih raya, cuba bayangkan sampai hari raya haji pun kuih tu tak habis-habis lagi.

"Tahun ni kami hanya buat dalam lima jenis kuih, yang lain-lain tu macam kek, kerepek-kerepek... Kami tak buat banyak, bila difikir-fikir, lebih baik kami masak dan hidangkan pada tetamu yang datang sebab kuih pun orang jemu jugak," katanya.

Zizie yang baru sahaja selesai menghabiskan penggambaran drama bersiri 'Seri Maya' mengatakan selain sibuk menjalani penggambaran pada bulan puasa, dia juga sibuk melakukan berbagai persiapan untuk pulang beraya ke kampung.

"Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 'Seri Maya' yang akan ditayangkan di TV9 mungkin pada bulan Disember atau Januari nanti.

"Selain itu saya sibuk memenuhi undangan berbuka puasa dan sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung nanti.

"Kereta semua nak kena servis, maklumlah nak berjalan jauh, bukan selalu, orang kampung pun mesti seronok bila kita ziarah mereka," kata Zizie.

Sebelum mengakhiri perbualan, Zizie sempat memberi ucapan Selamat Hari Raya darinya yang ditujukan buat semua teman, para peminat serta pihak media.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari raya kepada rakan-rakan saya yang sudah lama tidak berjumpa atau berjauhan dengan saya, kepada para peminat saya, saya memohon maaf jika ada menimbulkan rasa tidak senang bila melihat lakonan dan penampilan saya, saya akan cuba perbaiki dan tidak lupa juga kepada pihak media yang banyak membantu saya. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin," kata Zizie.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan